BANTUANIbu TunggalSuri Rumah

Bantuan Untuk Suri Rumah & Ibu Tunggal Tahun 2025

Bantuan Untuk Suri Rumah & Ibu Tunggal tahun 2025, terdapat banyak inisiatif yang ditawarkan khusus kepada golongan wanita.

KEPERLUAN BANTUAN UNTUK SURI RUMAH & IBU TUNGGAL

BANTUAN UNTUK WANITA

Golongan wanita khususnya suri rumah dan ibu tunggal sering berhadapan dengan cabaran kewangan terutama dalam kelompok B40. Pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif bantuan kewangan yang boleh dimohon oleh golongan wanita.

Perlaksanaan bantuan ini adalah bagi meringankan beban kos sara hidup dan memenuhi keperluan asas sesebuah keluarga. Dengan adanya inisiatif ini dapat meningkatkan kualiti hidup dan memberi peluang untuk mencorak masa depan yang lebih baik.

SENARAI BANTUAN UNTUK SURI RUMAH

Sebagai rujukan umum, dibawah dikongsikan senarai bantuan yang boleh didapatkan oleh golongan suri rumah dan ibu tunggal pada tahun ini :

  1. Bantuan Khas Ibu Tunggal : Inisiatif bulanan untuk ibu tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun kebawah
  2. Bantuan Sara Hidup (BSH) : Inisiatif kewangan untuk isi rumah B40
  3. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : Bantuan tunai untuk kategori isi rumah
  4. Program latihan kemahiran : Tawaran kursus kemahiran dan latihan pekerjaan
  5. Bantuan PERKESO Skim bantuan sosial : Inisiatif khas untuk suri rumah yang pernah bekerja
  6. Bantuan makanan & barangan asas : Bantuan barang keperluan asas melalui kerajaan dan NGO.

LANGKAH MEMOHON BANTUAN YANG DITAWARKAN

Kepada yang berminat jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat dari jenis bantuan yang ditawarkan secara percuma. Panduan langkah cara mohon telah disediakan seperti dibawah :

Langkah pertama : Semak dan kenalpasti bantuan yang bersesuaian dan berkelayakan untuk didapatkan. Pilihan memilih bantuan kewangan, kemahiran dan barang keperluan mengikut kesesuaian.

Langkah kedua : Pastikan anda sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan semasa pengisian borang permohonan. Hal ini adalah bagi memastikan proses semakan permohonan dilakukan dengan telus dan lancar.

Langkah ketiga : Kemukakan permohonan secara dalam talian melalui laman portal rasmi kerajaan seperti diĀ https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Langkah keempat : Hantar permohonan dan tunggu maklum balas pengesahan.

PENUTUP & LEBIH INFO

Sepanjang tahun ini kerajaan MADANI telah sediakan bermacam program kemudahan dan inisiatif bantuan bagi memberi manfaat kepada penduduk Malaysia. Sila lihat senarai insentif di laman utama atau sertai channel rasmiĀ WhatsApp Carianterbaru untuk lebih info.

The post Bantuan Untuk Suri Rumah & Ibu Tunggal Tahun 2025 appeared first on CARIANTERBARU.

Show More
Back to top button