BANTUANKanak-kanak

Bantuan Untuk Kanak-Kanak 2025 : Langkah Permohonan

Bantuan Untuk Kanak-Kanak 2025 : Pelbagai inisiatif disediakan sepanjang tahun ini untuk mereka berumur dibawah 18 tahun. Setiap kanak-kanak berhak untuk hidup lebih selesa dan mendapatkan pendidikan yang berkualiti.

PELBAGAI BANTUAN UNTUK KANAK-KANAK 2025

BANTUAN KANAK-KANAK 2025

Kerajaan MADANI dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta telah sediakan bermacam program inisiatif khusus untuk kanak-kanak. Perlaksanaan bantuan adalah bertujuan meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan.

Untuk makluman umum, anda boleh semak senarai bantuan untuk kanak-kanak yang boleh dimohon pada tahun ini. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan manfaat daripada inisiatif yang ditawarkan secara percuma seperti dibawah.

BANTUAN KANAK-KANAK (BKK) DIBAWAH JKM

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menawarkan sebuah program inisiatif BKK khusus kepada anak berumur 18 tahun kebawah. Kadar bayaran bantuan BKK 2025 adalah seperti berikut :

  • RM150 sebulan : Seorang kanak-kanak
  • RM1000 sebulan : Kadar jumlah maksimum bagi setiap keluarga.

BANTUAN SUBSIDI YURAN BELAJAR KANAK-KANAK ISTIMEWA

Kepada keluarga yang mempunyai anak istimewa (autisme) terdapat inisiatif yang boleh dimohon. Kerajaan sediakan subsidi yuran pembelajaran berjumlah RM500 secara one-off.

ELAUN MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (EMBPK)

Kementerian pendidikan Malaysia telah memperkenalkan inisiatif elaun murid berkeperluan pendidikan khas sebanyak RM150 sebulan. Inisiatif ini adalah khusus kepada pelajar yang berada dalam kelas pendidikan khas di sekolah kerajaan.

BANTUAN ANIS (YAWAS)

Kerajaan negeri Selangor mengalu-alukan penduduk negeri Selangor yang kurang berkemampuan untuk mohon bantuan ANIS. Bantuan meliputi pelbagai aspek seperti kos terapi anak, pendidikan, pemulihan dan keperluan asas bagi kanak-kanak OKU.

LANGKAH PERMOHONAN BANTUAN KANAK-KANAK

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak terutama istimewa dan kurang berkemampuan, permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman rasmiĀ KPM . Setiap bantuan mempunyai tetapan syarat kelayakan yang berbeza.

Setiap pemohon dinasihati untuk semak kelayakan dan butiran lengkap sebelum kemukakan pendaftaran permohonan.

KESIMPULAN

Sepanjang tahun ini kerajaan perpaduan telah tawarkan bermacam program bantuan bagi memberi manfaat kepada penduduk Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan, rujuk pada laman utama!

The post Bantuan Untuk Kanak-Kanak 2025 : Langkah Permohonan appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button