Bantuan untuk bujang B40 adalah inisiatif penting yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun ini. Antara inisiatif yang ditawarkan adalah program latihan perantis, di mana pemohon mempunyai peluang untuk mendapatkan insentif bagi membantu pemuda dan pemudi dalam mencapai kemahiran yang diperlukan dalam pasaran kerja.
PROGRAM BANTUAN UNTUK BUJANG B40
Untuk makluman umum, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah program khusus untuk anda muda. Program Bantuan Latihan Perantis (BLP) ini merupakan salah satu insentif dibawah Belanjawan 2025.
Melalui program ini, para peserta akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM200 sebulan selama terlibat dalam program BLP. Insentif ini bukan sahaja memberikan sokongan kewangan, tetapi juga memberi mereka peluang untuk meneroka kerjaya sambil mempelajari kemahiran yang dapat membantu meningkatkan kebolehpasaran mereka di masa hadapan.
Tujuan utama pelaksanaan program latihan perantis ini adalah untuk membantu golongan belia B40 dalam aspek pemerkasaan kemahiran. Ini adalah langkah proaktif oleh JKM untuk mengurangkan kadar pengangguran dan memastikan belia mendapatkan panduan yang betul untuk memasuki dunia pekerjaan.
Dengan adanya bantuan kewangan dan latihan berkualiti, diharapkan golongan ini dapat berdaya saing dan membina masa depan yang lebih cerah. Bantuan ini ditujukan khusus kepada klien JKM, anak-anak penerima bantuan kerajaan, mereka yang tercicir dari persekolahan dan individu sedang menganggur.
KELAYAKAN SERTAI BANTUAN BUJANG B40 (BLP)
Antara kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti ;
- Terbuka kepada warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia sahaja
- Berumur 16 tahun sehingga 35 tahun
- Anak-anak penerima bantuan kerajaan atau bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan
- Bekas pelatih khidmat masyarakat atau OKU berdaftar yang mempunyai kemampuan untuk mengikuti kemahiran dan latihan yang telah disediakan.
CARA DAFTAR PROGRAM BANTUAN LATIHAN PERANTIS
Kepada mereka yang berminat jangan lepaskan peluang dapatkan bantuan RM200 sebulan melalui program BLP ini. Untuk panduan mohon dan butiran lengkap, sila rujuk pada halaman rasmi – PROGRAM BLP 2025
Setiap permohonan yang dikemukakan akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Selain BLP terdapat lebih banyak lagi program bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan MADANI sepanjang tahun ini. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Bantuan untuk Bujang B40 Melalui Program Latihan Perantis appeared first on Carianterbaru.