Bantuan Tunai STR 2026 akan dilaksanakan tidak lama lagi dengan kadar bayaran baharu yang telah ditetapkan mengikut semua kategori. Untuk makluman umum, inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah merupakan bantuan dibawah kerajaan.
PERLAKSANAAN BANTUAN TUNAI STR 2026

Kerajaan telah bersetuju dan mengumumkan perlaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi sesi tahun 2026. Program ini bakal memberi manfaat kepada sekitar lebih 9 juta penduduk tempatan yang berkelayakan.
Pada sidang Belanjawan 2026, Perdana Menteri telah maklumkan peruntukkan sebanyak RM15 bilion untuk bantuan STR dan SARA tahun hadapan. Ini akan memberi manfaat kepada semua kategori termasuk B40, M40 dan miskin.
Pembayaran STR 2026 akan dilaksanakan seperti tahun sebelum iaitu kredit ke dalam akaun bank dan tebus tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pengagihan STR akan dilakukan secara berperingkat melalui 4 fasa pembayaran yang akan diumumkan tarikh nanti.
Bagi pengetahuan kategori bujang akan dikecualikan pada tahun hadapan, hanya kategori isi rumah dan warga emas sahaja akan menerima bayaran STR. Namun berita baik untuk kategori bujang, mereka akan menerima bayaran SARA 2026 berjumlah RM600 setahun.
JUMLAH BANTUAN STR 2026 MENGIKUT KATEGORI
Kepada yang tidak tahu atau terlepas pandang, jumlah bayaran STR sesi 2026 telah dikemaskini dan diubah. Berikut dikongsikan kadar jumlah rasmi bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2026 mengikut setiap kategori :
KATEGORI BERKELUARGA/ ISI RUMAH (GAJI RM2,500 SEBULAN)
- Bilangan tanggungan anak (0) : RM700
- Bilangan tanggungan anak (1-2) : RM1,200
- Bilangan tanggungan anak (3-4) : RM1,700
- Bilangan tanggungan anak (>5) : RM2,200
BERKELUARGA/ ISI RUMAH (GAJI RM5,000 SEBULAN)
- Bilangan tanggungan anak (0) : RM200
- Bilangan tanggungan anak (1-2) : RM450
- Bilangan tanggungan anak (3-4) : RM700
- Bilangan tanggungan anak (>5) : RM950
KATEGORI WARGA EMAS (60 TAHUN KEATAS)
- RM600
BUJANG (21 TAHUN KEATAS)
- Tiada bayaran (RM0)
Nota : Kadar bayaran diatas akan disalurkan secara berperingkat mengikut fasa yang akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan. Bagi penerima STR 2025, anda perlu kemaskini maklumat terkini bagi memastikan bayaran STR akan terus dikreditkan pada tahun hadapan.
Untuk pendaftaran baharu dan kemaskini maklumat, sila layari laman portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
PENUTUP & LEBIH INFO
Selain STR terdapat banyak lagi bantuan bakal dilancarkan pada tahun hadapan bagi memberi manfaat kepada penduduk Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan sesuai untuk dimohon Semak Disini untuk rujukan lebih informasi.
The post Bantuan Tunai STR 2026 : Semakan Bayaran Semua Kategori appeared first on CARIANTERBARU.