BANTUANKIRWAS

Bantuan Tunai RM500 KIRWAS : Syarat & Panduan Mohon

Bantuan Tunai RM500 KIRWAS : Syarat kelayakan dan panduan mohon telah disediakan di halaman ini untuk rujukan umum. Untuk makluman, program khas berbentuk bantuan kewangan ini adalah salah satu inisiatif yang disediakan oleh kerajaan negeri pada tahun ini.

BANTUAN TUNAI RM500 KIRWAS

Kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai Bantuan Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak (KIRWAS). Inisiatif istimewa ini ditawarkan kepada golongan wanita khususnya yang berstatus ketua isi rumah atau ibu tunggal.

Perlaksanaan program bantuan ini dikendalikan oleh pihak Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) pada tahun ini. Permohonan inisiatif bantuan khas ini masih dibuka dan boleh dimohon oleh mereka yang berkelayakan.

Tujuan utama bantuan ini diadakan adalah bagi mengurangkan beban dan mengembangkan peluang ekonomi kepada para wanita. Dengan adanya insentif ini dapat meningkatkan taraf hidup dan memberi peluang kepada wanita untuk berdikari dalam kehidupan berkeluarga.

Kepada pemohon yang lulus, mereka akan menerima bantuan berjumlah RM500 dan pemberian adalah secara sekali bayar (one-off). Untuk makluman umum, permohonan bantuan KIRWAS kini telah dibuka bermula 25 Jun 2024.

SYARAT LAYAK MOHON BANTUAN KIRWAS RM500

Untuk kemukakan permohonan bantuan khas ini, pemohon perlu memenuhi kriteria syarat kelayakan asas yang ditetapkan seperti :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan keatas
  • Pendapatan isi rumah diantara RM1,169 hingga RM4,849
  • Penerima bantuan bulanan JKM tidak layak mohon
  • Pemegang kad pengenalan berstatus ‘K’ atau pasangan kepada pemegang kad pengenalan ‘K’

Kepada pemohon, anda disarankan sediakan dokumen penting yang berkaitan bagi memudahkan urusan pentadbiran untuk membuat semakan permohonan.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN KIRWAS

Bagi mereka yang menepati syarat kelayakan dan berkeperluan, permohonan bantuan RM500 one-off ini boleh dikemukakan pada tahun 2024. Panduan lengkap dan cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – KIRWAS 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

The post Bantuan Tunai RM500 KIRWAS : Syarat & Panduan Mohon appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button