Bantuan tunai rahmah B40 bagi kategori isi rumah sehingga RM2500 telah mula dikreditkan secara berfasa sepanjang tahun ini. Inisiatif ini merupakan langkah penting oleh kerajaan untuk membantu kumpulan B40 dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Program ini juga adalah sebahagian daripada inisiatif di bawah belanjawan 2025 yang bertujuan untuk memberikan sokongan kepada golongan yang memerlukan.
INISIATIF BANTUAN TUNAI RAHMAH B40
Kerajaan Malaysia telah melancarkan program Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun 2025 yang melibatkan kategori bujang, isi rumah dan warga emas. Golongan B40 merupakan penerima besar bantuan tunai Rahmah pada tahun ini.
Program bantuan ini telah diperluaskan bagi memanfaatkan lebih 9 juta penduduk Malaysia. Ini adalah langkah signifikan dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh isi rumah berpendapatan rendah.
Dengan bantuan ini, mereka dapat memenuhi keperluan asas harian dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Inisiatif bantuan tunai rahmah ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat, khususnya bagi masyarakat B40.
Melalui program yang terancang dan berstruktur ini, diharapkan dapat memberikan impak positif kepada isi rumah dan seterusnya mendorong kemajuan sosial serta ekonomi negara. Marilah kita menyokong usaha kerajaan ini agar semua pihak dapat menikmati manfaatnya.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH KATEGORI ISI RUMAH
Bagi yang terlepas pandang, kadar jumlah bayaran bantuan tunai rahmah kategori isi rumah B40 adalah sehingga RM2500 setahun. Berikut adalah jumlah keseluruhan bayaran bagi kategori isi rumah berdasarkan kelayakan ;
- Isi rumah mempunyai (0) bilangan anak : RM1000
- Isi rumah mempunyai (1-2) bilangan anak : RM1500
- Isi rumah mempunyai (3-4) bilangan anak : RM2000
- Isi rumah mempunyai (lebih 5) bilangan anak : RM2500.
JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI MENGIKUT FASA
Pengagihan bayaran bantuan kewangan pada tahun ini dikreditkan secara berperingkat mengikut jadual dibawah ;
- Fasa 1 : Dikreditkan pada bulan Januari 2025
- Fasa 2 : Dikreditkan pada bulan April 2025
- Fasa 3 : Dikreditkan pada bulan Ogos 2025
- Fasa 4 : Dikreditkan pada bulan November 2025.
Jika anda merupakan penerima STR pada tahun ini, kemaskini maklumat dan semakan status perlu dibuat untuk melancarkan urusan pembayaran bantuan. Untuk semakan, sila ke laman web rasmi – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
BANTUAN-BANTUAN LAIN
Terdapat pelbagai program bantuan telah disediakan oleh kerajaan pada tahun ini bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Bantuan Tunai Rahmah B40 : Isi Rumah Terima Sehingga RM2500 appeared first on Carianterbaru.