AidiladhaBANTUANBantuan Kerajaan

Bantuan Tunai Aidiladha 2025 Dikreditkan 29 Mei Ini

Bantuan Tunai Aidiladha 2025 akan mula disalurkan secara terus ke dalam akaun bank penerima mulai minggu ini. Menjelang perayaan Aidiladha yang bakal tiba, kerajaan negeri telah mengumumkan inisiatif bantuan tunai khas berjumlah RM400.

Bantuan ini akan dikreditkan secara terus kepada akaun penerima mulai 29 Mei 2025. Ini merupakan satu langkah penting dalam membantu rakyat yang memerlukan sempena sambutan Hari Raya Haji.

PEMBERIAN BANTUAN TUNAI AIDILADHA 2025

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah mengumumkan perlaksanaan pemberian bantuan khas sempena aidiladha. Bantuan ini diberikan khusus kepada golongan fakir, miskin dan mualaf yang tersenarai dalam pengkalan data.

Inisiatif kewangan ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 11,000 penerima di seluruh negara. Dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3.4 juta, bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan mereka semasa perayaan yang sangat bermakna ini.

Program ini merupakan satu usaha kerajaan untuk memastikan setiap rakyat menerima sokongan yang diperlukan pada waktu-waktu tertentu seperti Hari Raya. Proses penyaluran bantuan akan dilaksanakan secara efisien dan berperingkat pada penghujung bulan Mei ini.

Penerima tidak perlu bimbang tentang pemindahan wang, kerana jumlah yang diperuntukkan akan dimasukkan secara automatik ke dalam akaun bank masing-masing. Melalui bantuan tunai ini, diharapkan penerima dapat merayakan Aidiladha dengan lebih meriah, tanpa tertekan dengan masalah kewangan.

SENARAI PENERIMA BANTUAN TUNAI AIDILADHA

Di bawah adalah kadar bayaran yang akan disalurkan dalam program bantuan khas MAIM sempena aidiladha :

  • Kategori asnaf fakir : RM400
  • Kategori asnaf miskin & mualaf : RM300.

Bayaran bantuan ini akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun penerima mulai 29 Mei 2025.

PANDUAN SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MAIM

Untuk semak sama ada anda tersenarai dalam penerima bantuan ini, ikuti panduan di bawah ;

  1. Layari laman web rasmi MAIM – https://www.maim.gov.my/index.php/ms/
  2. Cari pautan (senarai penerima bantuan aidiladha 2025)
  3. Masukan nombor kad pengenalan (IC) pada ruangan disediakan untuk semakan
  4. Maklumat butiran bantuan akan dipaparkan pada skrin jika anda layak.

Nota ; untuk makluman umum, pihak MAIM telah menyediakan pelbagai inisiatif bantuan yang boleh dimohon oleh golongan memerlukan. Antaranya adalah bantuan sakit kronik, bantuan makanan bulanan, bantuan saraan anak sekolah, bantuan bina / baik pulih rumah dan lain-lain lagi.

KESIMPULAN

Sepanjang tahun ini kerajaan MADANI telah sediakan pelbagai program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan untuk meringankan beban rakyat. Untuk semak bantuan yang ada dan layak untuk anda mohon, sila – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Bantuan Tunai Aidiladha 2025 Dikreditkan 29 Mei Ini appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button