BANTUAN SYUKUR SABAH RM900 : SEMAK STATUS LAYAK
Bantuan SYUKUR Sabah atau Program Sentuhan Kasih Rakyat telah mula dikreditkan secara berperingkat pada tahun ini. Untuk makluman umum, program bantuan tunai ini disediakan adalah dibawah kerajaan negeri Sabah.
BANTUAN SYUKUR SABAH
Kerajaan negeri Sabah telah memperkenalkan program sentuhan kasih rakyat atau SYUKUR Sabah bermula tahun 2025. Program ini diperkenalkan adalah bagi membantu meringankan beban kewangan penduduk terjejas di negeri dibawah bayu ini.
Mereka yang berstatus golongan miskin tegar dan berkeperluan dialu-alukan untuk kemukakan permohonan secara atas talian. Dengan adanya perlaksanaan program ini dapat membantu golongan terjejas dari segi kewangan.
Pemohon yang lulus akan menerima bayaran bantuan berjumlah RM900 bagi setiap fasa bersamaan RM300 sebulan. Sepanjang tahun ini, pembayaran akan diagihkan dalam 4 fasa pembayaran secara keseluruhan.
Kaedah bayaran adalah melalui akaun bank, secara tunai atau dalam bentuk ewallet bagi pengguna aplikasi YONO Superapp. Program SYUKUR Sabah ini merupakan tanda keprihatinan kerajaan negeri kepada rakyat, mereka yang berkelayakan jangan lepaskan peluang untuk mohon.
SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK MOHON BANTUAN SYUKUR
Bagi mereka yang berminat, pendaftaran permohonan boleh dikemukakan selagi masih belum ditutup. Semakan status boleh dilakukan segera, panduan ringkas telah disediakan seperti berikut :
- Layari laman portal rasmi SYUKUR 2025
- Masukkan nombor kad pengenalan pemohon dan klik butang ‘Semak’
- Status kelayakan permohonan akan dipaparkan pada skrin.
PERINCIAN PROGRAM SYUKUR
- Nama inisiatif : Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat/ SYUKUR Sabah
- Pelaksana : Kerajaan negeri Sabah
- Kadar bantuan : RM900 setiap fasa (setahun 4 fasa pembayaran)
- Kelayakan mohon : Penduduk negeri Sabah sahaja
- Bayaran akhir : Disember 2025.
Soalan : Penduduk negeri selain Sabah layak untuk memohon?
Jawapan : Tidak, program SYUKUR hanya dibuka kepada penduduk yang menetap di negeri Sabah sahaja.
Soalan : Adakah bantuan ini diteruskan pada tahun 2026?
Jawapan : Kerajaan negeri masih belum umumkan lagi, segala maklumat terkini berkenaan SYUKUR akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
PENUTUP & LEBIH INFO
Terdapat banyak lagi inisiatif dan kemudahan yang disediakan sepanjang tahun oleh kerajaan MADANI bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan. Bagi yang terlepas pandang, anda boleh lihat senarai bantuan yang ada dan sesuai untuk dimohon RUJUK SINI untuk lebih informasi terbaharu.
The post BANTUAN SYUKUR SABAH RM900 : SEMAK STATUS LAYAK appeared first on CARIANTERBARU.