BANTUANFASA 3SabahSYUKURSyukur Sabah

Bantuan SYUKUR Fasa 3 : Kelayakan & Jadual Bayaran

Bantuan SYUKUR Fasa 3 : Sentuhan Kasih Rakyat Sabah merupakan inisiatif penting yang dilaksanakan untuk membantu rakyat yang memerlukan di Sabah. Program ini bertujuan untuk memberikan sokongan kepada golongan yang kurang beruntung, sekaligus memperkukuhkan kerjasama dan solidariti dalam masyarakat.

Melalui program ini, pelbagai bantuan disediakan, termasuk bantuan kewangan, makanan, dan perkhidmatan sosial.

APA ITU BANTUAN SYUKUR?

Program Bantuan Sentuhan Kasih bukan sekadar memberikan bantuan fizikal, tetapi juga berniat untuk mengubah kehidupan rakyat Sabah. Di antara objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesejahteraan sosial tindakan secara langsung kepada mereka yang terjejas oleh masalah ekonomi.

Dengan penyampaian bantuan yang tepat dan cepat, penduduk dapat berasa lebih terjamin dan meringankan beban kos sara hidup. Program bantuan SYUKUR ini menyasarkan golongan memerlukan seperti miskin dan miskin tegar.

Perlaksanaan program Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah tidak hanya bergantung kepada pihak kerajaan, tetapi juga melibatkan penglibatan aktif komuniti. Rakyat Sabah digalakkan untuk bekerjasama dalam mengenal pasti individu atau keluarga yang memerlukan bantuan.

Selain itu, pelbagai organisasi bukan kerajaan (NGO) juga berperanan penting untuk menyokong program ini dengan menyediakan sumber dan tenaga bersama-sama dengan pihak kerajaan. Melalui usaha kolektif ini, harapan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat di Sabah dapat direalisasikan.

KADAR BAYARAN BANTUAN SYUKUR FASA 3 & JADUAL

Untuk makluman umum, kadar bayaran bantuan bantuan SYUKUR fasa ketiga adalah berjumlah RM900. Berikut dikongsikan jadual bayaran bantuan Sentuhan kasih rakyat mengikut fasa pada tahun ini ;

  • Fasa 1 : Dikreditkan pada bulan Februari 2025
  • Fasa 2 : Dikreditkan pada bulan April 2025
  • Fasa 3 : Dikreditkan pada bulan September 2025
  • Fasa 4 : Dikreditkan pada bulan Oktober 2025.

Nota : Setiap fasa akan dikreditkan pada kadar RM900 untuk setiap penerima.

KELAYAKAN & CARA MOHON BANTUAN SYUKUR 2025

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan program SYUKUR yang telah ditetapkan :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon adalah penduduk negeri Sabah
  • Berada dalam kelompok memerlukan seperti golongan miskin dan miskin tegar
  • Pendapatan gaji dibawah PGK
  • Mempunyai tanggungan.

Kepada mereka yang berminat dan berkelayakan, pendaftaran permohonan masih dibuka. Sila layari laman portal rasmi – https://syukur.sabah.gov.my/ untuk rujukan cara mohon lengkap.

LEBIH INFO BANTUAN

Sepanjang tahun ini kerajaan Malaysia telah sediakan pelbagai program bantuan kewangan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – CEK DISINI untuk panduan umum.

The post Bantuan SYUKUR Fasa 3 : Kelayakan & Jadual Bayaran appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button