BANTUANBantuan KerajaanSARASTR Tambahan

Bantuan STR Tambahan RM2100 Telah Mula Dikreditkan!

Bantuan STR Tambahan RM2100 telah mula dikreditkan secara berperingkat kepada 5.4 juta penduduk Malaysia yang layak. Program MyKasih, juga dikenali sebagai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), adalah inisiatif baru yang bermula dengan tujuan membantu rakyat Malaysia yang berkelayakan sepanjang tempoh tertentu.

PEMBERIAN BANTUAN STR TAMBAHAN RM2100

Bermula bulan April 2025, kerajaan telah mula menyalurkan bantuan ini secara berperingkat kepada rakyat, terutama bagi golongan B40 dan bukan miskin. Untuk makluman umum, insentif STR tambahan ini diberikan pada kadar RM450 hingga RM2100 setahun.

Penyaluran bantuan ini adalah melalui kredit langsung ke dalam sistem MyKad penerima. Dengan kaedah ini, penerima dapat membelanjakan bantuan secara lebih praktikal dan efisien.

Dalam tempoh bermula April sehingga Disember 2025, bantuan ini diharapkan dapat memberikan manfaat yang signifikan terutamanya kepada mereka yang terkesan akibat situasi ekonomi semasa.

Amaun bantuan yang disalurkan boleh digunakan setiap bulan untuk beli barangan keperluan harian di pasaraya dan kedai runcit berdaftar. Jika anda merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), semakan status boleh dilakukan secara dalam talian.

Kelayakan untuk menerima bantuan MyKasih adalah merupakan rakyat Malaysia dan penerima STR sahaja. Termasuk dalam senarai penerima adalah golongan miskin tegar, bukan miskin serta B40 yang layak.

Dengan program ini, diharapkan dapat meningkat kesedaran dan sokongan sistematik bagi mereka yang memerlukan. Sumbangan ini bukan sahaja meringankan beban, tetapi juga berfungsi sebagai asas untuk membina semula kehidupan yang lebih baik.

CARA KEGUNAAN BANTUAN STR TAMBAHAN?

Bagi pengetahuan umum, pemberian SARA tidak diberikan secara tunai, ianya dikreditkan dalam bentuk ewallet ke dalam Mykad (IC). Antara lokasi pasaraya popular yang boleh anda gunakan bantuan ini adalah seperti ;

  • Lotus
  • Mydin
  • 99 Speedmart
  • Kedai runcit yang berdaftar.

Nota : Kebiasaannya setiap pasaraya yang terlibat menyediakan kaunter khas untuk pembayaran mykasih ini.

BERAPA KADAR BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN SETIAP BULAN?

Kepada yang terlepas pandang, berikut adalah kadar bayaran bulanan SARA yang telah ditetapkan mengikut kategori kelayakan ;

  • RM200 sebulan : Kategori isi rumah miskin tegar
  • RM100 sebulan : Kategori isi rumah bukan miskin (B40)
  • RM150 sebulan : Kategori warga emas miskin tegar
  • RM50 sebulan : Kategori warga emas bukan miskin (B40)
  • RM50 sebulan : Kategori bujang miskin tegar.

Kadar bantuan diatas adalah merupakan bayaran yang disalurkan setiap bulan bermula April hingga Disember 2025. Jika anda penerima STR tahun ini masih belum terlambat untuk semak status dan gunakan manfaat yang diberikan secara percuma ini.

Untuk cek sama ada layak atau tidak, sila rujuk pada laman rasmi – MYKASIH SARA

KESIMPULAN RUMUSAN

Sepanjang tahun ini kerajaan MADANI telah memperkenalkan pelbagai program, kemudahan dan inisiatif yang boleh dimohon oleh orang awam bagi meringankan beban mereka. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

The post Bantuan STR Tambahan RM2100 Telah Mula Dikreditkan! appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button