Bantuan STR & MySARA akan dikreditkan pada bulan Ogos ini kepada lebih 9 juta rakyat Malaysia secara berperingkat mengikut tarikh yang ditetapkan. Untuk makluman umum, 2 inisiatif khas ini merupakan bantuan dibawah Belanjawan 2025.
PEMBERIAN BANTUAN STR & MYSARA
Kerajaan telah melaksanakan 2 bantuan pada tahun ini bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan tunai yang dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank penerima.
Inisiatif bantuan tunai STR akan memberi manfaat kepada 9 juta penduduk Malaysia yang terdiri daripada golongan bujang, isi rumah dan warga emas. Pemberian SARA pula diberikan kepada 5.4 juta penerima STR yang layak.
Manakala Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah bantuan ewallet yang dikreditkan secara terus ke dalam mykad. Kadar jumlah bayaran STR adalah sehingga RM2500 setahun dan SARA sehingga RM2100 setahun.
Pada bulan Ogos ini, pembayaran bagi kedua-dua bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat. Ini menunjukkan rakyat akan menerima lebih bayaran bantuan pada bulan Ogos 2025.
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR & SARA
Sebagai panduan berikut adalah tarikh pembayaran bantuan pada bulan Ogos ini ;
- 1 – 10 Ogos 2025 : Bayaran SARA (RM50 – RM200)
- 31 Ogos 2025 : Bayaran SARA one-off (RM100) Semua individu berumur atas 18 akan menerima
- 15 – 31 Ogos 2025 : Bayaran STR Fasa 3 (Jangkaan sehingga RM650)
Nota : Bagi penerima STR yang tidak memiliki kad bank, anda boleh tebus secara tunai di kaunter BSN pada tarikh yang akan dimaklumkan tidak lama lagi.
SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN BULAN INI
Seluruh rakyat Malaysia boleh membuat semakan status bayaran yang akan diterima pada bulan ini mengikut jenis bantuan :
Portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Portal rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) – https://www.mykasih.com.my/
Diharapkan dengan adanya pemberian 2 bantuan dari kerajaan pada bulan Ogos ini dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban kos sara hidup penduduk.
MAKLUMAT LANJUT
Sepanjang tahun ini kerajaan perpaduan telah sediakan pelbagai program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, anda boleh lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – CEK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Bantuan STR & MySARA Dikreditkan Bulan Ini Kepada Rakyat appeared first on Carianterbaru.