BANTUANBujangSTR 2026

Bantuan STR Kategori Bujang : Tiada Bayaran Untuk Tahun 2026

Bantuan STR Kategori Bujang : Tiada sebarang bayaran Sumbangan Tunai Rahmah yang akan diterima oleh kategori ini untuk tahun 2026.

BANTUAN STR KATEGORI BUJANG DIGANTI

STR 2026 BUJANG

Untuk makluman umum, baru-baru ini pada sidang Belanjawan 2026 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan perlaksanaan STR diteruskan. Kerajaan telah melakukan perubahan dibeberapa kategori.

Bagi kategori bujang, mereka tidak akan menerima sebarang bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2026. Namun mereka akan menerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM600 setahun dengan tambahan RM100 one-off Mac nanti.

Bayaran sebanyak RM50 sebulan akan dikreditkan ke dalam setiap mykad penerima kategori bujang bermula Januari sehingga Disember 2026. Nilai bantuan tersebut boleh digunakan untuk membeli barang keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar seluruh negara.

Walaupun kategori tidak menerima bayaran STR sesi 2026, namun mereka akan menerima insentif SARA setiap bulan dan ini sangat memberi manfaat. Kepada individu yang terlibat jangan lupa untuk kemaskini maklumat terkini bagi dapatkan bayaran STR 2026 nanti.

KADAR JUMLAH BANTUAN STR 2026 MENGIKUT KATEGORI

STR SARA 2026

Kerajaan menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengumumkan jadar jumlah bayaran rasmi Sumbangan Tunai Rahmah. Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR yang akan diterima mengikut setiap kategori :

KATEGORI BERKAHWIN / ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500)

  • RM700 : Tidak mempunyai anak
  • RM1200 : Mempunyai anak (1-2)
  • RM1700 : Mempunyai anak (3-4)
  • RM2200 : Mempunyai anak (5 keatas)

STATUS BERKAHWIN / ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000)

  • RM200 : Tidak mempunyai anak
  • RM450 : Mempunyai anak (1-2)
  • RM700 : Mempunyai anak (3-4)
  • RM950 : Mempunyai anak (5 keatas)

KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN

  • RM600.

Nota : Diatas akan kadar bayaran yang akan dikreditkan secara berperingkat mengikut 4 fasa pembayaran sepanjang tahun 2026. Jadual rasmi STR 2026 akan dimaklumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat.

Bermula 13 Oktober 2025, pendaftaran baharu dan kemaskini STR telah dibuka kepada orang ramai. Mereka yang tidak pernah kemaskini selama lebih 3 tahun wajib untuk mengemaskini maklumat bagi dapatkan bayaran STR tahun hadapan.

Untuk kemaskini status maklumat dan daftar baharu, sila layari laman portal rasmi MySTR diĀ https://bantuantunai.hasil.gov.my/

PENUTUP & LEBIH INFO

Selain STR terdapat banyak lagi kemudahan dan inisiatif bantuan disediakan sepanjang tahun oleh kerajaan untuk membantu rakyat memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk dimohon di laman utama atau sertai channelĀ WhatsApp Carianterbaru untuk info lebih lanjut.

The post Bantuan STR Kategori Bujang : Tiada Bayaran Untuk Tahun 2026 appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button