Bantuan SARA September 2025 Telah Dikreditkan!
Bantuan SARA September 2025 telah dikreditkan kepada dalam mykad setiap penerima dari kategori bujang, isi rumah dan warga emas. Pada bulan ini kadar bayaran SARA adalah dari RM50 sehingga RM200.
BAYARAN BANTUAN SARA SEPTEMBER 2025
Untuk makluman umum, pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilakukan secara berperingkat. Bayaran disalurkan dalam bentuk ewallet setiap awal bulan ke dalam mykad (IC) penerima yang berkelayakan.
Pada tahun ini, lebih 5 juta penduduk Malaysia layak menerima bayaran SARA setiap bulan. Manakala sekitar 22 juta penduduk layak menerima bayaran penghargaan SARA one-off RM100 pada bulan Ogos.
Mereka yang berkelayakan boleh berbelanja untuk membeli barang keperluan asas dengan menggunakan amaun bantuan SARA. Kegunaan bantuan SARA ini sah di pasaraya dan kedai runcit berdaftar seluruh negara.
Bayaran SARA bulanan boleh disimpan dan digunakan sepanjang tahun, manakala SARA one-off boleh dibelanjakan sebelum 31 Disember 2025. Jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan bantuan yang diberikan secara percuma ini.
KADAR BAYARAN SARA SEPTEMBER 2025
Kepada yang terlepas pandang, berikut dikongsikan kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah yang dikreditkan September ini mengikut kelayakan kategori :
Kategori Bujang & Warga emas
- Bujang berumur 21 tahun keatas : RM50
- Warga emas berstatus miskin : RM150
- Warga emas berstatus B40 : RM50
Kategori Isi rumah
- Berstatus miskin : RM200
- Berstatus B40 : RM100.
Nota : Kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah diatas dikreditkan setiap bulan bermula April sehingga Disember 2025.
APA SYARAT LAYAK MENERIMA BANTUAN SARA?
Bagi pengetahuan umum, pemberian SARA ini diberikan secara automatik tanpa perlu kemukakan permohonan. Kelayakan ditentukan mengikut data maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Sekiranya anda merupakan penerima STR pada tahun ini, semakan status kelayakan SARA boleh dilakukan secara dalam talian. Untuk cek berapa kadar bayaran SARA anda, sila layari laman pautan rasmi – https://sara.gov.my/
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Sepanjang tahun kerajaan MADANI telah menawarkan pelbagai program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan khusus meringan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum!
The post Bantuan SARA September 2025 Telah Dikreditkan! appeared first on Carianterbaru.