BANTUANRahmahSARA

Bantuan SARA Rahmah RM200 Telah Mula Dikreditkan Bulan Ini

Bantuan SARA Rahmah RM200 telahpun mula dikreditkan ke dalam mykad setiap penerima bulan ini bagi sesi November 2025. Untuk makluman umum, pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Mykasih ini adalah sebahagian insentif dibawah Bajet Belanjawan.

PEMBERIAN BANTUAN SARA RAHMAH RM200

BANTUAN SARA RAHMAH

Pada bulan November ini terdapat sebuah inisiatif bantuan telah mula dilaksanakan oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Pemberian Sumbangan Asas Rahmah (Bantuan SARA Rahmah) Fasa November telah mula disalurkan secara berperingkat.

Inisiatif khas ini diberikan secara automatik kepada penerima STR tahun ini tanpa perlu kemukakan permohonan. Bermula April hingga Disember 2025, semua kategori akan menerima bayaran SARA secara bulanan di dalam mykad.

Bagi bukan ini, kadar bayaran SARA yang disalurkan adalah dari RM50 sehingga RM200 dan kadar bayaran ditentuk mengikut kelayakan setiap penerima. Inisiatif SARA 2025 melibatkan 2 golongan penerima sahaja iaitu B40 dan miskin.

KADAR BAYARAN BANTUAN SARA RAHMAH NOVEMBER

Kepada yang terlepas pandang, berikut dikongsikan kadar bayaran SARA bagi bulan November mengikut kelayakan kategori :

  • Kategori bujang : RM50
  • Kategori Warga emas : RM150 (STR & Ekasih) & RM50 (STR)
  • Kategori Isi rumah : RM200 (STR & Ekasih) & RM100 (STR).

Nota : Kadar bayaran diatas dikreditkan secara automatik bermula awal bulan November ini ke dalam mykad setiap penerima. Untuk cek sama ada amaun bantuan SARA anda telah masuk atau belum, sila layari laman portal rasmi https://www.sara.gov.my/

JUMLAH BAYARAN SARA RAHMAH 2026

Untuk pengetahuan umum, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan penerima Sumbangan Asas Rahmah pada tahun hadapan. Berikut perkongsian maklumat berkenaan kadar jumlah bayaran SARA sesi 2026 mengikut setiap kategori :

  • Kategori bujang B40 : RM600 setahun
  • Kategori warga emas B40 : RM600 setahun
  • Kategori isi rumah B40 : RM1,200 setahun
  • Kategori bujang Ekasih : RM1,200 setahun
  • Kategori warga emas Ekasih : RM2,400 setahun
  • Kategori isi rumah Ekasih : RM2,400 setahun.

Pengagihan bayaran SARA 2026 akan mula disalurkan pada bulan Januari tahun hadapan melalui kaedah sama iaitu kredit ke dala mykad.

PENUTUP & LEBIH INFO

Kerajaan perpaduan memperkenalkan pelbagai kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan yang boleh dinikmati oleh rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk dimohon Semak Disini untuk lebih informasi bantuan.

The post Bantuan SARA Rahmah RM200 Telah Mula Dikreditkan Bulan Ini appeared first on CARIANTERBARU.

Show More
Back to top button