Bantuan SARA Hidup RM200 Setiap Bulan Untuk B40
Bantuan SARA Hidup RM200 dikreditkan secara berperingkat setiap bulan untuk golongan B40 ke dalam mykad sehingga penghujung tahun ini.
BANTUAN SARA HIDUP RM200 SETIAP BULAN

Untuk makluman umum, kerajaan telah melancarkan sebuah inisiatif program bantuan kewangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Inisiatif khas ini dikenali sebagai bantuan SARA Hidup MyKasih atau Sumbangan Asas Rahmah.
Kadar bayaran bermula dari RM50 sehingga RM200 dikreditkan setiap bulan ke dalam mykad setiap penerima mengikut kelayakan kategori. Bantuan ini diberikan tanpa perlu memohon, syarat layak adalah merupakan penerima STR dari kategori bujang, isi rumah dan warga emas.
Perlaksanaan inisiatif khas SARA ini adalah bagi meringankan beban kos sara hidup dengan barangan keperluan asas harian. Nilai bantuan yang dikreditkan dalam bentuk ewallet tersebut boleh dibelanjakan di kedai runcit berdaftar dan pasaraya seluruh negara.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP
Bagi menerima bantuan ini, individu atau keluarga perlu mematuhi kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti di bawah :
- Kewarganegara : Penerima adalah merupakan warganegara Malaysia yang sah
- Kad pengenalan : Setiap individu harus mempunyai kad pengenalan (mykad) yang aktif dan berfungsi dengan baik
- Kategori : Kelayakan penerima adalah belia bujang, warga emas dan isi rumah
- Status umur : Kelayakan umur adalah diatas 21 tahun keatas
- Syarat Penerima : Kelayakan menerima SARA adalah mereka yang berstatus lulus (STR) 2025 dan tersenarai dalam ekasih (bagi kategori miskin/ miskin tegar)
KADAR JUMLAH BAYARAN SARA HIDUP 2025
Kepada yang terlepas pandang, berikut dikongsikan maklumat berkenaan kadar jumlah keseluruhan bayaran SARA tahun ini mengikut kategori :
- Isi rumah (STR) : RM100 sebulan / RM900 setahun
- Isi rumah (STR & EKASIH) : RM200 sebulan / RM2100 setahun
- Warga emas (STR) : RM50 sebulan / RM450 setahun
- Warga emas (STR & EKASIH) : RM150 sebulan / RM1650 setahun
- Bujang (STR & EKASIH) : RM50 sebulan / RM600 setahun.
Nota : Kadar diatas akan dikreditkan sehingga Disember 2025 dan bayaran baharu akan disalurkan pada Januari 2026.
CARA SEMAK STATUS SARA HIDUP
Sekiranya anda merupakan penerima sedia ada STR pada tahun ini anda boleh membuat semakan status kelayakan secara dalam talian. Untuk cek berapa nilai yang ada layak terima setiap bulan sila layari laman portal rasmi MySARA diĀ https://www.sara.gov.my/
Jika layak maklumat bayaran anda akan dipaparkan pada skrin semasa semakan dilakukan. Berikut adalah panduan bagi menggunakan bantuan SARA pada tahun ini :
- Kunjungi kedai runcit berdaftar atau pasaraya berdekatan
- Pilih barang keperluan asas yang mempunyai label Rahmah
- Pengesahan pembayaran menggunakan mykad di kaunter bayaran
- Cek baki SARA anda melalui laman portal rasmi SARA atau melalui resit bayaran.
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan program ini anda boleh hubungi talian khas bantuan SARA Mykasih di (603) 7720 1800 / 1900 atau e-mel ke in**@*****ih.com.
PENUTUP & LEBIH INFO
Kerajaan MADANI telah menawarkan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif yang memberi manfaat kepada penduduk Malaysia sepanjang tahun ini. Sila lihat senarai insentif yang ada di laman utama atau sertai channel rasmiĀ WhatsApp Carianterbaru untuk rujukan lebih info.
The post Bantuan SARA Hidup RM200 Setiap Bulan Untuk B40 appeared first on CARIANTERBARU.