BANTUANBantuan PendidikanMahasiswaSara Diri

Bantuan Sara Diri Mahasiswa RM500 – RM1000 : Mohon Segera!

Bantuan sara diri mahasiswa yang bernilai RM500 hingga RM1000 setahun kini boleh dimohon oleh pelajar sebelum 30 Jun 2025. Program ini adalah inisiatif yang disediakan oleh kerajaan negeri Perak untuk membantu pelajar dalam memenuhi keperluan kewangan semasa mereka menjalani pengajian.

Bantuan ini berfungsi sebagai insentif untuk meringankan beban yang sering ditanggung oleh para pelajar dalam tempoh pengajian.

PROGRAM BANTUAN SARA DIRI MAHASISWA

Bantuan kewangan ini telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri Perak dan dilaksanakan setiap tahun. Pemberian bantuan tunai ini disediakan khusus kepada para pelajar yang berkelayakan terutama dari golongan keluarga B40.

Tujuan utama pelaksanaan program bantuan ini adalah untuk mengurangkan beban kewangan para pelajar sepanjang tempoh pengajian. Dengan bantuan ini, pelajar dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran tanpa bimbang tentang kos sara hidup yang semakin meningkat.

Pengalaman pembelajaran yang lebih baik dapat direalisasikan jika tanggungjawab kewangan dapat dikurangkan. Insentif tahunan ini bukan pinjaman atau pembiayaan, ianya berbentuk bantuan dan penerima tidak perlu memulangkanya semula.

KADAR JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA DIRI

Di bawah disediakan kadar bantuan berdasarkan peringkat pengajian yang ditetapkan ;

  • Diploma : RM500
  • Ijazah Sarjana Muda : RM700
  • Sarjana (Master) : RM800
  • Doktor falsafah : RM1000.

Nota : Syarat asas permohonan bantuan ini adalah warganegara Malaysia dan anak kelahiran negeri Perak. Mereka yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan sebelum 30 Jun 2025.

DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN MAHASISWA

Pelajar yang ingin memohon bantuan ini perlu memastikan mereka memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian dan sebarang dokumen sokongan yang diperlukan mesti disertakan.

Oleh itu, adalah penting untuk para pelajar merujuk kepada laman web rasmi –https://eheyns.com.my/bantuan-sara-diri/  untuk maklumat lanjut dan panduan permohonan. Pastikan permohonan diselesaikan sebelum tarikh akhir untuk memastikan peluang mendapatkan bantuan ini.

MAKLUMAT LANJUT

Selain itu terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan bantuan-bantuan kewangan telah ditawarkan kepada rakyat sepanjang tahun ini. Kepada yang terlepas pandang anda boleh semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Bantuan Sara Diri Mahasiswa RM500 – RM1000 : Mohon Segera! appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button