B40BANTUAN

Bantuan RM900 Untuk B40 : Semak Kelayakan Segera

Bantuan RM900 Untuk B40 adalah inisiatif penting bagi memberikan sokongan kepada rakyat Malaysia dalam kategori berkeluarga. Bermula April hingga Disember 2025, bantuan ini bertujuan untuk membantu isi rumah yang terkesan dengan kos sara hidup yang meningkat.

PEMBERIAN BANTUAN RM900 UNTUK KATEGORI B40

Kerajaan Perpaduan telah memperkenalkan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan kepada rakyat. Insentif bulanan dalam bentuk ewallet ini dikreditkan secara terus ke dalam mykad.

Bantuan tambahan RM900 ini merupakan lanjutan daripada Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Inisiatif ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan keluarga-keluarga yang termasuk dalam kategori B40.

Dengan adanya bantuan ini, diharapkan dapat meningkatkan kesejahteraan hidup mereka dan memberi ruang untuk perancangan kewangan yang lebih baik. Bantuan kategori isi rumah B40, jumlah bayaran RM900 akan dikreditkan secara berperingkat seperti berikut ;

  • April : RM100
  • Mei : RM100
  • Jun : RM100
  • Julai : RM100
  • Ogos : RM100
  • September : RM100
  • Oktober : RM100
  • November : RM100
  • Disember : RM100.

Nota : Kadar bayaran bantuan diatas akan disalurkan secara automatik setiap bulan kepada kelompok keluarga B40. Amaun yang dikreditkan boleh digunakan untuk beli barangan keperluan di pasaraya berdekatan.

Pengkreditan bantuan ini telah dilaksanakan secara sistematik, bagi memastikan semua isi rumah B40 menerima bantuan dalam masa yang ditetapkan. Sebagai makluman umum, mereka yang layak akan menerima notifikasi mengenai status bantuan mereka.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang ramai disarankan untuk menghubungi pihak berkuasa tempatan atau mengunjungi laman web rasmi yang berkaitan. Kepada mereka yang terlepas pandang, semakan status kelayakan boleh dibuat secara online melalui laman web rasmi ;

SUMBANGAN ASAS RAHMAH (MYKASIH) – https://www.mykasih.com.my/

BERAPA JUMLAH KADAR BANTUAN INI UNTUK KATEGORI LAIN?

Untuk pengetahuan umum, kadar jumlah bayaran SARA 2025 mengikut kategori adalah seperti berikut;

  • Isi rumah (Miskin & miskin tegar) : RM2100
  • Isi rumah (B40 & bukan miskin) : RM900
  • Warga emas (miskin & miskin tegar) : RM1650
  • Warga emas (B40 & bukan miskin) : RM450
  • Bujang (Miskin & miskin tegar) : RM600.

KESIMPULAN

Kerajaan MADANI telah sediakan bermacam program, kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan sepanjang tahun ini bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Bantuan RM900 Untuk B40 : Semak Kelayakan Segera appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button