AidiladhaBANTUANMAIM

Bantuan RM400 Sempena Aidiladha : Dikreditkan 29 Mei Ini

Bantuan RM400 sempena Aidiladha akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank penerima mulai 29 Mei ini secara berperingkat. Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dalam usaha untuk meringankan beban golongan asnaf di negeri tersebut telah melancarkan satu inisiatif bantuan kewangan.

PEMBERIAN BANTUAN RM400 SEMPENA AIDILADHA

Pihak MAIM telah umumkan perlaksanaan pemberian insiatif bantuan kewangan kepada golongan memerlukan. Bantuan berjumlah RM400 sempena Aidiladha akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank penerima bermula hujung bulan ini, dengan peruntukan sebanyak RM3.42 juta.

Insentif bantuan khas ini bertujuan untuk meringankan beban golongan yang terjejas dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha yang akan datang. Dengan adanya bantuan kewangan ini, diharapkan dapat membantu mereka dalam memenuhi keperluan asas dan perbelanjaan lain yang berkaitan dengan sambutan dipersembahkan.

KADAR BAYARAN BANTUAN MAIM SEMPENA AIDILADHA

Pihak MAIM berkomitmen untuk memastikan bantuan ini sampai kepada mereka yang memerlukan. Kadar bayaran bantuan yang akan dikreditkan pada 29 Mei ini adalah seperti berikut ;

  • RM400 : Kategori asnaf fakir miskin
  • RM300 : Kategori asnaf miskin dan mualaf.

Berdasarkan tahun ini, negeri Melaka mencatatkan seramai jumlah 150 golongan fakir, 9000 miskin dan 2300 mualaf. Kadar ini telah meningkat berbading tahun lalu, dan adanya insentif ini dapat meringankan beban mereka.

Inisiatif ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada golongan asnaf yang berhak mendapatkan sokongan kewangan. Dengan pendaftaran yang telah dilakukan, MAIM berusaha untuk memastikan setiap individu yang layak mendapat bantuan RM400 tanpa sebarang masalah.

Dengan langkah ini, diharapkan dapat memperkukuh lagi hubungan silaturahim di kalangan masyarakat sempena Aidiladha. Selain itu pihak MAIM juga menyediakan kemudahan bantuan berbentuk makanan, tempat tinggal dan bantuan rawatan kepada yang memerlukan.

Untuk lebih informasi, anda boleh layari secara terus laman sesawang rasmi MAIM – https://www.maim.gov.my/index.php/ms/

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Kerajaan pusat dan kerajaan negeri lain juga anda menyediakan pelbagai program dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Bantuan RM400 Sempena Aidiladha : Dikreditkan 29 Mei Ini appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button