Bantuan RM300 sempena Aidiladha tahun 2025 telah mula dikreditkan secara berperingkat kepada penerima di seluruh negeri. Inisiatif ini dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dengan tujuan untuk menyokong rakyat dalam persiapan menyambut perayaan Korban.
PEMBERIAN BANTUAN RM300 SEMPENA AIDILADHA
Sempena sambutan hari raya haji yang bakal tiba, terdapat sebuah inisiatif bantuan one-off dilaksanakan.
Kerajaan negeri melalui pihak MAIM telah memperuntukkan sebanyak RM3.4 juta untuk projek bantuan khas ini. Jumlah ini akan diagihkan kepada lebih 11,000 penerima yang layak.
Dengan pemberian bantuan tunai Aidiladha ini, diharapkan dapat meringankan beban mereka dalam menyediakan persiapan sambutan perayaan yang penuh makna ini.
Objektif utama pelaksanaan bantuan ini adalah untuk membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat pada musim perayaan. Dalam suasana Aidiladha yang penuh dengan tradisi dan nilai kemanusiaan, bantuan ini diharapkan dapat memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan.
Dengan adanya bantuan RM300 & RM400 ini, penerima diharapkan dapat lebih bersedia dalam melaksanakan ibadah Korban serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam masyarakat.
SENARAI PENERIMA BANTUAN SEMPENA AIDILADHA
Untuk makluman umum, jumlah penerima yang layak adalah seramai 11,000 dan kadar yang dikreditkan adalah mengikut kategori di bawah ;
- RM300 : Mualaf dan asnaf miskin
- RM400 : Asnaf fakir miskin.
Pembayaran bantuan ini dikreditkan secara berperingkat ke dalam akaun bank penerima mulai 29 Mei 2025. Berdasarkan kenyataan MAIM, seramai 150 golongan fakir, 9,000 miskin dan 2,200 golongan mualaf akan menerima manfaat bantuan ini.
Kepada rakyat negeri Melaka yang berada dalam golongan memerlukan, anda boleh semak senarai bantuan yang disediakan oleh pihak MAIM pada tahun ini. Untuk rujukan lengkap sila kunjungi laman web rasmi MAIM – https://www.maim.gov.my/index.php/ms/ untuk info lebih lanjut.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Sepanjang tahun ini kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri di dalam Malaysia telah menyediakan pelbagai kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan untuk kurangkan beban kos sara hidup rakyat.
Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat.
The post Bantuan RM300 Sempena Aidiladha 2025 Mula Dikreditkan appeared first on Carianterbaru.