BANTUANIsi Rumah

Bantuan RM100 Isi Rumah Telah Dikreditkan Ogos Ini

Bantuan RM100 isi rumah telah dikreditkan Ogos ini melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tahun 2025. Kerajaan Malaysia terus komited untuk membantu golongan berpendapatan rendah melalui pelbagai inisiatif bantuan.

Pada bulan Ogos ini, RM100 telah dikreditkan terus ke dalam akaun isi rumah bagi kategori B40. Ini merupakan satu langkah penting untuk menyokong pemulihan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan mereka yang terjejas oleh pandemik dan isu ekonomi.

BANTUAN RM100 ISI RUMAH

Bantuan RM100 ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan isi rumah B40. Dengan penyaluran bantuan yang terus ke dalam akaun mykad, penerima tidak perlu bimbang tentang prosedur pembayaran bantuan.

Ini menjadikan proses bantuan lebih efisien dan mudah dan bantuan SARA disalurkan setiap bulan sehingga Disember. Isi rumah yang layak akan menerima bantuan ini secara automatik, tanpa perlu memohon secara manual.

Bagi yang terlepas pandang, bermula April sehingga Disember 2025 kategori isi rumah akan menerima bayaran SARA secara bulan pada kadar seperti dibawah :

  • Isi rumah kategori miskin : RM200 sebulan
  • Isi rumah kategori B40 : RM100 sebulan.

Bantuan SARA ini diberikan dalam bentuk ewallet, amaun boleh digunakan untuk beli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar seluruh Malaysia.

Bantuan khas seperti SARA ini adalah penghargaan kepada usaha kerajaan untuk memastikan kelangsungan hidup masyarakat berpendapatan rendah. Dengan bantuan ini, isi rumah B40 diharapkan dapat memenuhi keperluan asas mereka seperti makanan dan utiliti.

Ia juga merupakan langkah proaktif untuk memperkukuhkan semangat serta sokongan kepada mereka semasa waktu mencabar ini. Dan apa yang lebih menarik adalah kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan bantuan ini pada tahun hadapan.

SEMAKAN STATUS BANTUAN ISI RUMAH, BUJANG & WARGA EMAS

Jika anda merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2025, semakan status kategori SARA boleh dilakukan melalui laman portal rasmi – https://www.mykasih.com.my/

Maklumat status bayaran SARA anda akan dipaparkan pada skrin selepas semakan dilakukan.

KESIMPULAN

Sepanjang tahun ini kerajaan telah sediakan pelbagai inisiatif bantuan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Bantuan RM100 Isi Rumah Telah Dikreditkan Ogos Ini appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button