BANTUANfinancial assistanceGeran PelancaranKewangan dan Bantuan Sosial

Program Geran Pelancaran – Bantuan Kewangan RM2,700

Program Geran Pelancaran adalah sebuah inisiatif khas yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan bantuan kewangan kepada individu atau keluarga yang memerlukan sokongan kewangan satu kali untuk meringankan beban mereka.

PROGRAM GERAN PELANCARAN

Kerajaan menerusi agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah kemudahan yang dikenali sebagai bantuan geran pelancaran (GP). Insentif yang diberikan secara one-off ini ditawarkan khusus kepada golongan sasar dan berpendapatan rendah.

Melalui program ini, pemohon layak akan mendapatkan bantuan berjumlah RM2,700 secara one-off. Ini bermakna bantuan akan disalurkan sekali sahaja, dan diharapkan dapat membantu penerima dalam situasi susah, sama ada untuk menampung keperluan harian atau untuk memulakan projek kecil-kecilan yang boleh membantu meningkatkan pendapatan.

Perincian mudah faham :

  • Geran Pelancaran (GP) adalah inisiatif JKM
  • Bertujuan sebagai pembangunan sosioekonomi golongan memerlukan
  • Permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian dan di pejabat JKM
  • Dokumen berkaitan diperlukan semasa permohonan.

Antara kriteria kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Kumpulan sasar JKM
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi PGK.

PROSES DAFTAR PERMOHONAN GERAN PELANCARAN

Untuk memohon bantuan ini, individu atau keluarga yang berminat perlu mengisi borang permohonan yang boleh didapati di pejabat JKM atau secara dalam talian. Pemohon juga perlu menyediakan dokumen sokongan yang menunjukkan keperluan kewangan mereka.

Setelah permohonan diterima, pihak JKM akan menilai setiap permohonan dan memutuskan kelayakan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan. Untuk rujukan lengkap dan panduan daftar, sila layari laman portal rasmi – eBantuan JKM (GP)

Inisiatif seperti Program Geran Pelancaran merupakan langkah yang positif dalam menyokong masyarakat khususnya pada waktu-waktu sukar. Bantuan ini memberi peluang kepada penerima untuk memperbaiki keadaan mereka dan mengubah hidup mereka ke arah yang lebih baik.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Program Geran Pelancaran – Bantuan Kewangan RM2,700 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button