BANTUANBantuan PendidikanMAIDAM

Bantuan Persekolahan MAIDAM 2025 : Ibu Bapa Boleh Mohon

Bantuan persekolahan MAIDAM 2025 adalah sebuah inisiatif penting yang diwujudkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk membantu mereka yang memerlukan. Program ini khususnya menyasarkan golongan asnaf, memastikan mereka dapat akses kepada pendidikan berkualiti tanpa beban kewangan yang berlebihan.

PROGRAM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIDAM 2025

Pihak MAIDAM telah sediakan sebuah inisiatif yang boleh dimohon oleh ibu bapa kepada anak yang masih bersekolah. Program ini dibuka khas kepada mereka yang memerlukan terutama golongan asnaf dan fakir miskin.

Objektif utama bantuan persekolahan ini adalah untuk meringankan beban penjaga dan ibu bapa yang berhadapan dengan cabaran kewangan. Dengan pelaksanaan program ini, MAIDAM berusaha untuk memastikan bahawa semua anak-anak, terutama dari golongan yang kurang berkemampuan, dapat menerima pendidikan yang sewajarnya.

Bantuan ini bukan sahaja memberi sokongan kewangan tetapi juga mencipta peluang untuk pelajar mencapai kecemerlangan akademik. MAIDAM telah menyediakan pelbagai program bantuan yang berkaitan dengan pendidikan.

Ini termasuk bantuan kewangan untuk membeli keperluan sekolah, buku teks, dan alat tulis. Semua inisiatif ini bertujuan untuk memastikan bahawa tiada pelajar yang tertinggal dalam perjalanan pendidikan mereka.

Melalui program-program ini, diharapkan dapat meningkatkan tahap pendidikan dalam kalangan masyarakat golongan asnaf. Semua program bantuan persekolahan ini dibiayai dengan menggunakan peruntukan zakat.

KELEBIHAN BANTUAN PERSEKOLAHAN DIBAWAH MAIDAM

Antara kelebihan yang disediakan dalam bantuan persekolahan MAIDAM adalah ;

  1. Bantuan pembiayaan : Pemohon yang lulus akan menerima bantuan kos pembiayaan sekolah seperti buku teks, yuran dan kelengkapan sekolah.
  2. Dapat pendidikan yang sama rata : Anak-anak akan dapat menimba ilmu sama seperti rakan sebaya tanpa kekangan kewangan.

Berikut adalah kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam permohonan bantuan MAIDAM ;

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon berstatus asnaf fakir atau miskin yang disahkan atau golongan memerlukan
  • Sediakan slip pengesahan sekolah (perlu dicop dan disahkan oleh cikgu sekolah anak)
  • Dokumen perlu dimuat naik secara dalam talian
  • Sebarang permohonan yang didapati menipu akan disekat dari membuat permohonan selamanya.

IBU BAPA BOLEH MOHON BANTUAN MAIDAM 2025

Jika memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan secara terus, panduan lengkap dan butiran penuh telah disediakan. Sila kunjungi laman web rasmi MAIDAM – https://ypmaidam.my/

ADA LAGI BANTUAN LAIN?

Sepanjang tahun ini kerajaan MADANI telah perkenalkan pelbagai program bantuan kewangan untuk membantu rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan bersama.

The post Bantuan Persekolahan MAIDAM 2025 : Ibu Bapa Boleh Mohon appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button