Bantuan MyKad Sehingga RM2100 Setahun – Cek Status Segera
Bantuan MyKad sehingga RM2100 setahun adalah merupakan lanjutan dari program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025. Salah satu inisiatif yang disediakn ini adalah program Sumbangan Asas Rahmah yang memberikan insentif sebanyak RM2100 setahun kepada rakyat Malaysia.
Bantuan ini adalah sebahagian daripada Program bantuan kewangan kerajaan yang diperkenalkan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.
PROGRAM BANTUAN MYKAD SEHINGGA RM2100 SETAHUN
Pada tahun ini, adalah merupakan edisi kedua perlaksanaan bantuan mykad atau program SARA. Apa yang menarik adalah program bantuan ini telah diperluaskan kepada golongan bukan miskin dan B40.
Perlaksanaan program ini menawarkan pembayaran insentif bulanan sepanjang tahun tanpa memerlukan sebarang permohonan daripada penerima. Dengan kelebihan ini, ia menjadikan proses pengagihan lebih mudah dan cekap.
Penerima hanya perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, di mana mereka mesti merupakan penerima sedia ada sumbangan tunai Rahmah (STR) 2025. Bayaran SARA ini disalurkan secara terus ke dalam mykad dalam bentuk ewallet.
MANFAAT BANTUAN MYKAD RM2100 KEPADA RAKYAT
Bantuan MyKad ini dapat memberikan sedikit kelegaan kepada penerima dalam menghadapi cabaran kewangan sehari-hari. Jumlah bantuan yang diterima secara berkala boleh digunakan untuk pelbagai keperluan asas seperti makanan, pengangkutan, dan pendidikan.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup rakyat Malaysia, terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan. Program SARA tahun ini memberi manfaat kepada lebih daripada 5 juta penduduk Malaysia.
KADAR JUMLAH BANTUAN MYKAD MENGIKUT KATEGORI
Pada tahun ini kategori yang terlibat menerima bayaran bantuan mykad adalah bujang, warga emas dan isi rumah. Kadar jumlah telah dipecahkan mengikut kelayakan status seperti di bawah :
- Kategori isi rumah : RM2100 setahun untuk miskin tegar & RM900 setahun untuk B40
- Kategori bujang : RM600 setahun untuk miskin tegar sahaja
- Kategori warga emas : RM1,650 setahun untuk miskin tegar dan RM450 setahun untuk B40.
SIAPA YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN MYKAD?
Seperti yang sedia maklum, berikut adalah kriteria kelayakan penerima bantuan khas SARA 2025 ;
- Merupakan warganegara Malaysia yang memiliki mykad (IC) yang sah sahaja
- Berstatus lulus STR 2025
- Berada dalam kategori bujang, isi rumah dan warga emas
- Kategori miskin tegar, miskin, bukan miskin dan B40.
Rujukan – Jika anda adalah sebahagian penerima Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun ini, semakan status SARA boleh dicek secara online melalui laman rasmi – MyKASIH 2025
KESIMPULAN
Pelbagai program dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan sepanjang tahun ini bagi membantu rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post Bantuan MyKad Sehingga RM2100 Setahun – Cek Status Segera appeared first on Carianterbaru.