BANTUANLesen MemanduMyLesenPercuma

Bantuan Lesen Percuma : B40 Layak Mohon MyLesen B2

Bantuan Lesen Percuma disediakan melalui program MyLesen B2 dan golongan B40 berkelayakan untuk mohon inisiatif khas ini.

PROGRAM BANTUAN LESEN PERCUMA

BANTUAN LESEN PERCUMA MYLESEN B2

Tahukah anda terdapat sebuah inisiatif yang disediakan pada tahun ini yang boleh dimohon oleh golongan B40. Program MyLesen B2 menyediakan bantuan lesen motorsikal kelas B2 kepada golongan belia yang belum memiliki sebarang lesen.

Perlaksanaan program MyLesen ini adalah bagi membantu meringankan beban kewangan golongan kurang berkemampuan bagi mendapatkan lesen memandu Malaysia (LMM). Untuk makluman umum, peruntukan program ini memberi manfaat kepada 15,000 penyertaan setiap fasa.

Kepada pemohon yang layak, mereka berpeluang mendapatkan lesen memandu motorsikal B2 secara percuma. Kos latihan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan sehingga tamat dan mendapat kad fizikal lesen memandu.

SYARAT MOHON BANTUAN MYLESEN PERCUMA

Antara kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam program mylesen B2 adalah seperti berikut :

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada individu berumur 16 tahun hingga 35 tahun sahaja
  • Pemohon mesti sihat dari segi fizikal dan mental bagi mengendalikan motorsikal
  • Golongan B40 dan tanggungan layak memohon selain miskin
  • Terbuka kepada pelajar sekolah menengah, graduan IPT dan golongan belia
  • Pemohon tidak memiliki sebarang lesen memandu Malaysia
  • Bebas dari senarai hitam dari JPJ, PDRM dan surat Mahkamah.

PANDUAN DAFTAR PROGRAM MYLESEN PERCUMA

Kepada yang berminat dan berkelayakan, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat yang ditawarkan secara percuma ini. Panduan untuk mendaftar telah disediakan seperti dibawah :

  1. Langkah pertama sila layari laman portal rasmi JPJ di https://www.jpj.gov.my/
  2. Pergi ke bahagian MyLesen B2 dan muat turun borang permohonan
  3. Lengkapkan dan isi borang permohonan dengan butiran maklumat yang diperlukan
  4. Lampirkan dokumen-dokumen penting seperti salianan kad pengenalan, keputusan ujian kesihatan dan gambar pasport
  5. Pilih pusat latihan memandu yang berhampiran dan hantar borang permohonan
  6. Hadiri semua sesi yang ditetapkan jika berkelayakan bagi mengelakkan permohonan terbatal.

Nota : Kepada peserta yang lulus, segala kos latihan memandu akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Permohonan akan dibuka selagi kuota masih ada dan akan ditutup jika telah penuh.

PENUTUP & LEBIH INFO

Sepanjang tahun kerajaan MADANI telah sediakan pelbagai program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada di laman utama Semak Disini untuk rujukan lebih informasi.

The post Bantuan Lesen Percuma : B40 Layak Mohon MyLesen B2 appeared first on CARIANTERBARU.

Show More
Back to top button