Bantuan Khas Kewangan RM1200 untuk Pelajar 2025
Bantuan Kewangan Khas RM1200 kini ditawarkan kepada para pelajar yang bercita-cita melanjutkan pengajian ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT). Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar dan memastikan mereka boleh fokus kepada pengajian mereka tanpa tekanan kewangan yang berlebihan.
PROGRAM BANTUAN KHAS KEWANGAN RM1200
Kerajaan Negeri Sarawak telah memperkenalkan sebuah inisiatif berbentuk bantuan kewangan kepada para pelajar. Tujuan utama perlaksanaan bantuan ini adalah bagi membantu meringankan beban perbelanjaan semasa pengajian.
Permohonan bagi inisiatif Bantuan Khas Kewangan (BKK) ini dibuka selama sebulan, bermula dari 1 Mei hingga 1 Jun 2025. Para pelajar yang memenuhi syarat kelayakan adalah digalakkan untuk memohon dalam tempoh yang ditetapkan.
Setelah permohonan diluluskan, pemohon yang layak akan menerima bayaran bantuan berjumlah RM600 bagi semester pertama dan RM600 bagi semester kedua. Dengan adanya bantuan ini, diharapkan ia dapat memberikan sokongan yang diperlukan kepada pelajar untuk meneruskan pengajian dengan lebih lancar.
Para pelajar diingatkan agar menyemak semua dokumen yang perlu disediakan bagi memastikan proses permohonan berjalan dengan baik. Mereka yang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di seluruh negara layak mohon bantuan ini.
KELAYAKAN BANTUAN KHAS KEWANGAN (BKK)
Syarat-syarat kriteria kelayakan bantuan khas ini telah ditetapkan seperti berikut ;
- Warganegara Malaysia
- Berstatus pelajar
- Merupakan anak negeri Sarawak (salah seorang penjaga / ibu bapa adalah kelahiran negeri Sarawak)
- Pemohon adalah pelajar sepenuh masa
- Sedang mengikuti pengajian diploma atau ijazah sarjana muda di IPTA / IPTS yang diiktiraf KPM.
PANDUAN MOHON BANTUAN & BAYARAN
Untuk makluman umum, pendaftaran telah dibuka pada 1 Mei 2025 sehingga tarikh tutup pada 1 Jun 2025. Dalam tempoh ini, calon boleh kemukakan permohonan melalui laman web rasmi – https://myys.yayasansarawak.org.my/
Bagi calon yang telah diluluskan permohonan, pembayaran bantuan ini akan dilakukan secara 2 fasa berjumlah RM600 pada setiap semester. Bantuan ini akan disalurkan secara terus ke dalam akaun S Pay Global para pelajar dalam tempoh pengajian.
SELANJUTNYA
Terdapat lebih banyak lagi program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan tunai telah disediakan sepanjang tahun ini bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post Bantuan Khas Kewangan RM1200 untuk Pelajar 2025 appeared first on Carianterbaru.