Bantuan Khas Aidilfitri RM1000 : Akan Disalurkan Pada 8 April
Bantuan Khas Aidilfitri RM1000 atau sebulan gaji akan mula disalurkan pada 8 April 2024 secara berperingkat kepada penerima yang layak. Insentif khas ini diberikan adalah bagi meringankan pembelanjaan sempena menyambut bulan syawal nanti.
BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM1000
Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Seri Amirudin Shari hari ini telah mengumumkan pemberian sumbangan bantuan khas kewangan. Insentif tambahan ini diperkenalkan adalah sempena menyambut hari raya pada tahun ini.
Pemberian bantuan khas raya sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 ini akan disalurkan kepada mereka yang berstatus anggota perkhidmatan kerajaan negeri. Senarai penerima merangkumi penjawat awam dibawah kendalian pentadbiran setiausaha kerajaan (SUK).
Kepada penjawat awam persekutuan lantikan tetap yang berkhidmat dalam jabatan di bawah pentadbiran SUK negeri Selangor juga terlibat. Dengan adanya pemberian ini dapat memberi manfaat kepada rakyat khususnya penjawat awam negeri Selangor bagi menyambut perayaan aidilfitri yang bakal tiba.
PENERIMA BANTUAN KHAS AIDILFITRI
Selain penjawat awam, pemimpin masyarakat seperti pengerusi majlis pengurusan komuniti kampung (MPKK), pegawai perhubungan kampung, penyelia pusat wanita (WBS) dan penggerak belia Selangor (PeBS) akan menerima insentif sebulan elaun.
Manakala bantuan khas berjumlah RM500 akan diagihkan kepada penggerak masjid seperti nazir, imam rawatib, siak dan bilal bagi kesemua masjid. Juga terlibat adalah guru rakyat yang bekerja dibawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Peruntukan implikasi bantuan kewangan khas raya ini adalah sekitar RM45 juta yang akan diberikan pada suku pertama bulan April nanti. Perkara ini telah diumumkan Menteri Besar Selangor semasa berucap dalam Majlis Mahabbah Ramadhan MADANI.
TARIKH RASMI BAYARAN BANTUAN AIDILFITRI
Kerajaan negeri Selangor telah memaklumkan tarikh pembayaran bantuan khas raya ini akan mula dikreditkan/ disalurkan pada 8 April 2024. Menerusi Belanjawan 2024 , kerajaan negeri-negeri seluruh Malaysia juga telah melaksanaan pemberian insentif bantuan sempena menyambut Aidilfitri tahun ini.
MAKLUMAT LANJUT
Kerajaan perpaduan telah memperkenalkan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan tunai bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Bantuan Khas Aidilfitri RM1000 : Akan Disalurkan Pada 8 April appeared first on Carianterbaru.