BANTUANBWEJKMWarga Emas

Bantuan Kewangan RM500 Sebulan : Melalui Program BWE

Bantuan Kewangan RM500 Sebulan boleh dimohon oleh rakyat Malaysia yang menepati kriteria kelayakan melalui program BWE. Inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini adalah sebahagian insentif di bawah Belanjawan 2024.

BANTUAN KEWANGAN RM500 SEBULAN

Tahukah kalian, kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah program insentif bulanan yang dikenali sebagai Bantuan Warga Emas. Melalui program ini bantuan tunai berjumlah RM500 dikreditkan setiap bulan kepada mereka yang layak.

Pihak JKM adalah merupakan agensi dibawah kerajaan yang mengendalikan program bantuan khas BWE pada tahun ini. Tujuan utama perlaksanaan bantuan ini masih diteruskan pada tahun ini adalah bagi mengurangkan beban rakyat yang terjejas.

Dengan adanya program bantuan bulanan seperti ini, kerajaan yakin dapat membantu pemohon yang lulus meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti masyarakat pada hari ini.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN RM500

Terdapat beberapa kriteria syarat asas kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan program bantuan khas BWE RM500 ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia yang bermastautin di negara ini
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi – (PGK) purata miskin perkapita semasa atau (PGK) purata miskin isi rumah semasa
  • Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
  • Tidak menetap di mana-mana institusi kendalian JKM
  • Tidak tinggal di mana-mana pusat jagaan hari yang memberikan kemudahan perkhidmatan secara percuma.

Info : Semua perlaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (concurrent list) antara kerajaan persekutuan dan negeri. Perkara ini sudah termaktub dalam peruntukan perlembangaan persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – Jadual kesembilan senarai perundangan.

CARA DAFTAR & MOHON BANTUAN KEWANGAN BWE

Bagi mereka yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini untuk mendapatkan manfaat yang ditawarkan. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi bantuan – BWE 2024

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian khas agensi perlaksana iaitu JKM di +603-8000-8000.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

The post Bantuan Kewangan RM500 Sebulan : Melalui Program BWE appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button