AsasiBANTUANIPTPelajar

Bantuan Kewangan Asasi IPTA Untuk Pelajar B40 dan M40

Bantuan Kewangan Asasi IPTA adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang ditawarkan kepada pelajar dari golongan sasaran B40 dan M40.

PROGRAM BANTUAN KEWANGAN ASASI IPTA

BANTUAN KEWANGAN ASASI IPTA

Untuk makluman umum, kerajaan telah menyediakan sebuah inisiatif yang boleh dimanfaatkan oleh golongan belia berstatus pelajar IPT. Program Bantuan Kewangan Asasi IPTA ini diwujudkan di Kementerian Pengajian Tinggi.

Inisiatif khas ini ditawarkan dalam bentuk penajaan kepada para pelajar yang mengikuti program asasi di Universiti Awam seluruh negara. Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah terbuka kepada pelajar dari golongan sasaran keluarga B40 dan M40.

Perlaksanaan bantuan kewangan asasi di Universiti Awam merupakan program penajaan bertaraf Matrikulasi yang dikendalikan KPT pemindahan dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini telah mula ditawarkan sejak sesi pengambilan pelajar tahun 2005/2006.

KADAR BANTUAN KEWANGAN ASASI

Bagi pengetahuan umum, mereka yang berkelayakan akan menerima kadar bantuan kewangan sebanyak RM5,120 setahun (sepanjang tempoh pengajian). Berikut dikongsikan pecahan bayaran bantuan kewangan Asasi :

  • Elaun Wang Saku : RM3,700 setahun
  • Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan : RM1,420 setahun
  • Elaun tambang penerbangan pergi dan balik (sekali setahun) : Khas untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya.

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN

Kepada mereka yang berminat, antara kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Pelajar tergolongan dalam golongan keluarga B40 dan M40 pada tahun semasa
  3. Sedang mengikuti program bertaraf asasi di mana-mana Universiti Awam
  4. Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus menggunakan syarat kelayakan masuk lulusan SPM atau setaraf
  5. Pelajar yang tidak menerima sebarang bentuk tajaan atau bantuan dari mana-mana agensi kerajaan atau swasta sahaja layak mohon.

PANDUAN MOHON BANTUAN

Bagi mereka yang berkelayakan, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat bantuan kewangan secara percuma ini. Butiran lengkap dan panduan mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmiĀ IHSAN MADANI (IPTA)

Semua permohonan akan melalui proses semakan penilaian bagi memastikan pemohon benar-benar layak menerima bantuan ini.

PENUTUP & LEBIH INFO

Sepanjang tahun kerajaan telah sediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkanĀ Semak Disini untuk lebih informasi rujukan.

The post Bantuan Kewangan Asasi IPTA Untuk Pelajar B40 dan M40 appeared first on CARIANTERBARU.

Show More
Back to top button