Bantuan Kanak-Kanak RM200 Hingga RM1000 Untuk 1 Keluarga
Bantuan Kanak-Kanak RM200 hingga RM1000 sebulan untuk 1 keluarga yang berkelayakan dan berkeperluan melalui program BKK.
BANTUAN KANAK-KANAK RM200 – RM1000
Tahukah anda terdapat sebuah inisiatif bantuan kewangan bulanan yang boleh dimohon sepanjang tahun ini. Program Bantuan Kanak-Kanak atau BKK ini adalah merupakan inisiatif dibawah Belanjawan 2025.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan program khas ini kepada golongan keluarga yang mempunyai tanggungan anak dan kurang berkemampuan. Program BKK ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan harian dan memberi peluang kepada kanak-kanan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih selesa dan baik.
Kementerian Pembangungan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengalu-alukan permohonan dari golongan yang berkelayakan. Tambahan pada tahun ini BKK telah diperluaskan kepada golongan B40 yang berpendapatan rendah.
KADAR BANTUAN KANAK-KANAK TAHUN 2025
Seperti yang telah dimaklumkan, bayaran bantuan ini disalurkan setiap bulan kepada pemohon yang layak. Berikut dikongsikan kadar bayaran yang akan dikreditkan mengikut kelayakan :
- RM250 sebulan seorang – Untuk setiap anak berumur dibawah 6 tahun.
- RM200 sebulan seorang – Untuk setiap anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun.
- RM1000 sebulan 1 keluarga – Maksimum bayaran bantuan dikreditkan setiap bulan.
Apakah tujuan perlaksanaan program BKK ini?
- Memberi sokongan dalam bentuk bantuan kewangan kepada keluarga atau penjaga kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
- Memastikan kanak-kanak dapat terus tinggal bersama keluarga dengan kewangan yang lebih stabil.
- Memastikan kanak-kanak yang kehilangan penjaga atau berada dalam keadaan tertentu tetap dapat sokongnan untuk perkembangan tubersaran.
SYARAT LAYAK DAFTAR BANTUAN BKK
Kepada yang berminat, anda perlu menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Individu / pemohon mestilah merupakan Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
- Keluarga / penjaga yang mempunyai tanggungan anak berumur 18 tahun kebawah.
- Pendapatan isi rumah dibawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
- Anak yang berumur 16 tahun keatas yang telah berkerja sendiri tidak layak untuk kemukakan permohonan.
CARA DAFTAR PERMOHONAN
Bagi yang berkelayakan dan berminat, pendaftaran permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui laman portal rasmi di IHSAN MADANI (BKK)
Bagi memudahkan urusan proses semakan permohonan, anda perlu sediakan dokumen-dokumen penting seperti :
- Salinan kad pengenalan pemohon dan ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan sijil kelahiran anak.
- Penyata gaji / pendapatan jika ada.
- Mana-mana salinan bil utiliti sebagai pengesahan alamat semasa.
- Penyata bank akaun terkini dan masih aktif.
PENUTUP & LEBIH LANJUT
Sepanjang tahun kerajaan MADANI telah melancarkan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan segera, rujuk halaman utama!
The post Bantuan Kanak-Kanak RM200 Hingga RM1000 Untuk 1 Keluarga appeared first on Carianterbaru.