Bantuan Ewallet RM300 B40 – Syarat Kelayakan & Cara Daftar
Bantuan Ewallet RM300 B40 – Untuk makluman umum, pada bulan Februari ini pendaftaran permohonan bantuan ini masih dibuka. Inisiatif bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera Bingkas, dan ia bertujuan untuk menyokong golongan B40 dan M40 di Malaysia.
PROGRAM BANTUAN EWALLET RM300 B40
Pihak kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan sebuah program inisiatif bantuan berbentuk ewallet. Kadar bayaran bantuan bernilai RM300 sebulan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas.
Perlaksanaan program bantuan ewallet bulanan ini menyasarkan sekitar 30,000 keluarga dalah setahun. Pendaftaran permohonan masih dibuka selagi kuota masih ada dan mereka yang berkelayakan boleh kemukakan borang mohon.
Keluarga atau isi rumah dengan pendapatan di bawah RM5,000 sebulan adalah layak untuk memohon bantuan eWallet ini. Program ini dirancang khusus untuk membantu meringankan beban kewangan keluarga yang mempunyai tanggungan, agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
Proses permohonan adalah mudah, tetapi tindakan segera diperlukan. Pastikan anda memenuhi syarat yang ditetapkan sebelum mengisi borang permohonan. Bantuan ini juga menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat, dan diharapkan setiap keluarga yang layak dapat mengambil kesempatan daripada inisiatif ini.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET RM300
Antara kriteria syarat-syarat asas kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :
- Pemohon adalah warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun dan keatas
- Isi rumah yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan kebawah (Minimum 2 orang)
- Golongan B40 dan M40
- Pendapatan bulanan dibawah RM5,000
- Lahir di Selangor atau menetap melebihi 10 tahun
- Pemilih berdaftar di negeri Selangor.
CARA DAFTAR BANTUAN EWALLET B40 2025
Kepada mereka yang berminat jangan lepaskan peluang mendaftar permohonan selagi kuota bantuan masih ada. Panduan mendaftar dan butiran lengkap telah disediakan, sila kunjungi laman rasmi bantuan ewallet – BINGKAS 2025
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Pelbagai program, kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan pada tahun ini oleh kerajaan MADANI bagi memberi manfaat kepada rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Bantuan Ewallet RM300 B40 – Syarat Kelayakan & Cara Daftar appeared first on Carianterbaru.