BANTUANBantuan KerajaaneWallet

Bantuan eWallet RM2100 Setahun untuk Rakyat Malaysia

Bantuan eWallet RM2100 setahun merupakan inisiatif yang dilaksanakan pada tahun ini untuk membantu rakyat Malaysia. Dengan lebih 5 juta penduduk yang layak menerima manfaat daripada bantuan khas ini, program ini bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

PROGRAM BANTUAN EWALLET RM2100 SETAHUN

Kerajaan MADANI telah melancarkan sebuah program bantuan tambahan ewallet sepanjang tahun ini. Pemberian bantuan khas ini disalurkan setiap bulan mulai Januari sehingga Disember 2025.

Setiap penerima yang layak boleh menggunakan bantuan eWallet ini untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar. Antara barangan yang boleh dibeli termasuk makanan, minuman, dan produk penjagaan diri.

Ini memberi peluang kepada rakyat untuk membeli keperluan harian tanpa menambah beban kewangan mereka. Untuk mendapatkan bantuan eWallet RM2100 ini, penduduk perlu membuat semakan status melalui portal yang ditetapkan oleh kerajaan.

Setelah semakan status dan disahkan, penerima boleh gunakan amaun bantuan yang dikreditkan di dalam mykad. Cara ini mudah dan mesra pengguna, menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang memerlukan bantuan segera.

KADAR BAYARAN BANTUAN EWALLET MENGIKUT KATEGORI SETAHUN

Sebagai rujukan, berikut dikongsikan maklumat berkenaan kadar jumlah bayaran bantuan ewallet mengikut kategori ;

ISI RUMAH (MISKIN & MISKIN TEGAR)

  • Bantuan RM2100 setahun
  • RM100 sebulan (Januari – Mac), RM200 sebulan (April – Disember)

ISI RUMAH (B40 & BUKAN MISKIN)

  • Bantuan RM900 setahun
  • RM100 sebulan (April – Disember)

WARGA EMAS (MISKIN & MISKIN TEGAR)

  • Bantuan RM1650 setahun
  • RM100 sebulan (Januari – Mac), RM150 sebulan (April – Disember)

WARGA EMAS (B40 & BUKAN MISKIN)

  • Bantuan RM450 setahun
  • RM50 sebulan (April – Disember)

BUJANG (B40 & MISKIN)

  • Bantuan RM600 setahun
  • RM50 setiap bulan (Januari – Disember)

Nota : Pembayaran bantuan ini akan disalurkan secara automatik setiap bulan ke dalam akaun mykad setiap penerima. Jika anda penerima STR pada tahun ini, semakan status kelayakan boleh dilakukan secara online melalui laman web rasmi – MyKASIH 2025

BANTUAN-BANTUAN LAIN

Banyak lagi kemudahan dan inisiatif bantuan berasaskan kewangan telah disediakan pada tahun ini oleh kerajaan Malaysia untuk rakyat B40. Anda boleh buat semakan senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Bantuan eWallet RM2100 Setahun untuk Rakyat Malaysia appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button