BANTUANMyKadOktober

Bantuan Dalam MyKad : Semakan Status Bayaran Oktober Ini

Bantuan Dalam MyKad telahpun mula disalurkan secara berperingkat setiap bulan kepada penerima STR yang berkelayakan.

APA ITU BANTUAN DALAM MYKAD?

BANTUAN DALAM MYKAD (SARA)

Untuk makluman umum, bantuan dalam mykad ini dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Mykasih. Bantuan tambahan ini diberikan secara automatik kepada rakyat Malaysia tanpa perlu kemukakan permohonan.

Sejak diperkenalkan dari tahun 2023, program bantuan SARA ini telah memberi manfaat kepada lebih 5 juta penduduk Malaysia setiap tahun. Kelayakan penerima bantuan adalah dari golongan B40, pendapatan rendah dan miskin tegar.

Jumlah keseluruhan bayaran bantuan adalah sehingga RM2,100 setahun, nilai bantuan ditentukan mengikut kelayakan. Kategori yang terlibat adalah belia bujang, isi rumah dan warga emas berstatus penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.

TEMPOH BAYARAN BANTUAN MYKAD

Untuk makluman umum, bantuan SARA tidak diberikan secara tunai kepada penerima. Bayaran dikreditkan dalam bentuk ewallet ke dalam mykad secara bulanan.

Tempoh bayaran dilaksanakan setiap bulan selama setahun dan amaun boleh dibelanjakan untuk membeli barangan keperluan di pasaraya berdekatan. Pastikan cip mykad setiasa dalam keadaan aktif kerana pengesahan diperlukan semasa pembayaran barang di kaunter.

Bagi yang terlepas pandang, berikut dikongsikan jumlah keseluruhan bayaran SARA mengikut setiap kategori :

  • Belia Bujang : RM600 setahun
  • Keluarga / isi rumah bukan miskin (B40) : RM900 setahun
  • Keluarga / isi rumah miskin dan miskin tegar : RM2,100 setahun
  • Warga emas bukan miskin (B40) : RM450 setahun
  • Warga emas miskin dan miskin tegar : RM1,650 setahun.

Pembayaran jumlah bayaran diatas dikreditkan secara berperingkat (fasa) setiap bulan sepanjang tahun ini.

SEMAKAN STATUS BAYARAN OKTOBER INI

Bayaran bantuan mykad bagi bulan Oktober ini telahpun mula disalurkan kepada rakyat Malaysia. Untuk semak status bayaran anda, sila layari laman portal rasmi diĀ https://www.sara.gov.my/

Berikut adalah kadar bayaran yang dikreditkan pada bulan Oktober ini mengikut setiap kategori :

  • Isi Rumah B40 : RM100
  • Isi rumah miskin : RM200
  • Warga emas B40 : RM50
  • Warga emas miskin : RM150
  • Bujang : RM50.

Kepada penerima yang layak jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan inisiatif yang disediakan secara percuma ini.

PENUTUP & LEBIH LANJUT

Kerajaan MADANI telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu golongan berkeperluan di dalam negara. Sila semak senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan, rujuk pada laman utama!

The post Bantuan Dalam MyKad : Semakan Status Bayaran Oktober Ini appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button