Bantuan Bil Air Percuma disediakan melalui program Skim Air Darul Ehsan (SADE) yang dikendalikan dibawah kerajaan negeri Selangor. Halaman kali ini dikongsikan maklumat ringkas berkenaan inisiatif khas ini bagi mereka yang berkelayakan.
PROGRAM BANTUAN BIL AIR PERCUMA

Untuk makluman umum, Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah merupakan sebuah inisiatif yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor. Perlaksanaan program ini menyasarkan golongan berpendapatan rendah (B40) bagi menikmati sehingga 20 meter padu air bersih (bulanan) secara percuma.
Inisiatif program ini diadakan bagi meringankan kos sara hidup bagi memastikan setiap rumah dapat akses bekalan air bersih. Kepada yang berkelayakan jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat daripada program istimewa berbentuk bantuan kemudahan ini.
Sebagai ringkasan, berikut dikongsikan perincian berkenaan program bantuan bil air percuma ini :
- Sasaran program : Individu/ keluarga berpendapatan rendah di negeri Selangor
 - Tempoh subsidi : Program bantuan ini dilanjutkan sehingga 31 Disember tahun 2029
 - Kadar subsidi air : Sehingga 20 meter padu air percuma setiap bulan
 - Tempoh permohonan : Dibuka sepanjang tahun.
 
SYARAT LAYAK MOHON BANTUAN BIL AIR

Setiap pemohon perlu mematuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Kewarganegaraan : Pemohon seorang warganegara Malaysia
 - Jenis premis : Perumahan dengan meter secara individu
 - Pendapatan bulanan : Gaji isi rumah tidak melebihi RM6,000 sebulan
 - Status akaun : Hanya dibenarkan 1 akaun air untuk permohonan 1 isi rumah sahaja.
 
Nota : Kepada penduduk yang menetap di pangsapuri jenis kos rendah yang menggunakan meter pukal, bantuan air percuma diberikan secara automatik sehingga 2029.
PANDUAN MOHON BIL AIR PERCUMA
Untuk yang berkelayakan dan berminat, pendaftaran boleh dikemukakan secara mudah melalui panduan mohon seperti berikut :
- Langkah pertama sila layari laman portal rasmi SADE
 - Klik pada butang ‘Mohon Sekarang’
 - Isi borang dengan lengkap pada ruangan yang disediakan
 - Hantar permohonan dan tunggu maklum balas.
 
Setiap permohonan yang dikemukakan akan dimaklumkan sama ada lulus atau tidak dan rayuan boleh dilakukan jika yakin berkelayakan. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat yang ditawarkan secara percuma ini khususnya penduduk negeri Selangor.
PENUTUP & LEBIH INFO
Sepanjang tahun pihak kerajaan sudah sedia bermacam jenis kemudahan serta inisiatif bantuan bagi memberi manfaat kepada penduduk Malaysia. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk didapatkan Semak Disini untuk lebih informasi bantuan.
The post Bantuan Bil Air Percuma Setiap Bulan : Panduan Mohon appeared first on CARIANTERBARU.