awal persekolahanBANTUANBAP 2026

Bantuan Awal Persekolahan 2026 RM150 Untuk Setiap Pelajar

Bantuan Awal Persekolahan 2026 berjumlah RM150 seorang akan diberikan untuk setiap pelajar sekolah yang berkelayakan.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2026

Bantuan Awal Persekolahan 2026

Dalam sidang Belanjawan 2026, kerajaan telah umum perlaksanaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan diteruskan pada awal tahun hadapan. Kadar bayaran bantuan bernilai RM150 akan diberikan secara one-off untuk setiap pelajar sekolah.

Peruntukkan sebanyak RM800 juta akan mula diagihkan ke pihak sekolah setelah memuktamadkan kaedah pembayaran BAP. Penyaluran bantuan tunai BAP ini akan dilakukan di sekolah kepada ibu bapa anak bersekolah sesi 2026/2027.

Program inisiatif bantuan awal persekolahan ini telah dilancarkan sejak tahun 2012 dan disediakan sehingga hari ini. Tujuan perlaksanaan program BAP ini adalah bagi meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak pada awal kemasukkan ke sekolah.

Untuk tambahan, kerajaan juga telah memperuntukkan beberapa bantuan lain untuk para pelajar yang layak dan berkeperluan. Antaranya seperti bantuan am persekolahan, biasiswa kecil persekutuan dan rancangan makanan tambahan.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Untuk makluman umum, tiada sebarang permohonan perlu dilakukan untuk BAP kerana bantuan diberikan secara automatik. Antara syarat-syarat kelayakan penerima bantuan tunai BAP RM150 one-off ini adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Merupakan pelajar sekolah.
  • Berumur 7 tahun sehingga 17 tahun.
  • Murid tahun 1 hingga tingkatan 5.
  • Tiada had kelayakan pendapatan ibu bapa.
  • Bersekolah di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan.

Nota : Bantuan awal persekolahan RM150 one-off ini akan memberi manfaat kepada sekitar 5.2 juta pelajar sekolah. Mulai tahun 2026, penyaluran bantuan ini akan dilakukan secara tunai dari pihak sekolah kepada ibu bapa pelajar.

Bantuan akan mula disalurkan pada awal tahun hadapan secara berperingkat pada tarikh yang akan diumumkan nanti. Untuk lebih lanjut anda boleh rujuk pada pihak sekolah atau layari laman portal rasmiĀ https://ihsanmadani.gov.my/

PENUTUP & LEBIH INFO

Kerajaan MADANI telah perkenalkan pelbagai kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan khusus bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan di halaman utama atau sertaiĀ WhatsApp Carianterbaru untuk lebih info terkini.

The post Bantuan Awal Persekolahan 2026 RM150 Untuk Setiap Pelajar appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button