BANTUANIPTMITRA

Bantuan Awal Kemasukan IPT MITRA Tahun 2025

Bantuan Awal Kemasukan IPT MITRA 5.0 tahun 2025 telah dilaksanakan, permohonan dibuka sehingga 16 Nomber ini.

PROGRAM BANTUAN AWAL KEMASUKAN IPT MITRA

Untuk makluman umum, pada bulan ini terdapat sebuah inisiatif yang boleh dimohon oleh pelajar yang berkelayakan. Program IPT MITRA 5.0 adalah sebuah inisiatif bantuan one-off yang ditawarkan kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berbangsa India.

Mereka yang sedang menuntut di IPT tahun 1 peringkat Diploma/ Ijazah sesi 2025/2026 layak untuk memohon. Perlaksanaan bantuan ini adalah sebagai sokongan kos persediaan sebelum tajaan atau pembiayaan lain didapatkan.

Kadar bantuan yang ditawarkan adalah berjumlah RM2,000 bagi pelajar biasa dan RM3,000 bagi pelajar berstatus OKU. Bayaran bantuan dikreditkan secara one-off ke dalam akaun bank pelajar dan notifikasi diberikan melalui SMS/ emel.

SYARAT LAYAK MOHON BANTUAN AWAL IPT MITRA

Antara kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Berbangsa / kaum India
  • Merupakan pelajar Intitusi Pengajian Tinggi (IPTA/ IPTS) dalam negara
  • Status pengajian tahun 1 Diploma/ Ijazah sepenuh masa
  • Pendapatan keluarga dibawah RM5,000 (B40 diutamakan)
  • Pelajar wajib mempunyai akaun bank yang masih aktif
  • Mempunyai kad OKU bagi kategori OKU.

Kadar bayaran bantuan awal IPT MITRA 2025 :

  • RM2,000 : Pelajar biasa
  • RM3,000 : Pelajar OKU.

CARA MOHON BANTUAN 

Kepada yang berminat dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan sebelum tarikh tutup pada 16 November 2025 bersamaan hari Ahad. Panduan lengkap disediakan seperti di bawah :

  1. Layari laman portal rasmi MITRA di https://mitra.gov.my/ms/
  2. Semak butiran bantuan dan kelayakan
  3. Scan pada garis panduan dan borang permohonan
  4. Lengkapkan borang dan sediakan dokumen penting yang diperlukan
  5. Hantar permohonan dan tunggu maklum balas
  6. Selesai.

Nota : Keputusan akan dimaklumkan pada tarikh yang ditetapkan dalam masa terdekat. Mereka yang layak akan menerima bantuan kewangan pada kadar RM2,000 / RM3,000 secara one-off.

PENUTUP & LEBIH INFO

Sepanjang tahun kerajaan MADANI telah sediakan pelbagai program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada di laman utama atau sertai channel WhatsApp Carianterbaru untuk lebih info lanjut.

The post Bantuan Awal Kemasukan IPT MITRA Tahun 2025 appeared first on CARIANTERBARU.

Show More
Back to top button