Bajet Bantuan MyKasih RM100 merupakan satu inisiatif yang akan dilaksanakan pada 31 Ogos ini kepada semua individu berumur 18 tahun keatas. Bayaran tambahan RM100 ini akan dikreditkan ke dalam mykad secara one-off.
Dengan bantuan sebanyak RM100, ianya bertujuan untuk meringankan beban kewangan dan memberikan sedikit bantuan kepada isi rumah. Namun, persoalannya, apakah sebenarnya yang boleh diperolehi dengan bantuan ini?
BAJET BANTUAN MYKASIH RM100 ONE-OFF
Baru-baru ini kementerian kewangan telah umumkan pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tambahan RM100 kepada semua individu berumur diatas 18 tahun. Dengan anggaran RM100, bantuan ini dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan asas.
Beberapa barangan yang sering diperoleh dengan bantuan ini termasuklah makanan asas seperti beras, gula, dan minyak masak. Masyarakat juga boleh mendapatkan bahan mentah untuk memasak seperti sayuran dan protein dari peniaga terpilih yang menyertai program MyKasih.
Ini adalah satu cara yang efektif dan praktikal untuk membantu keluarga dalam memenuhi keperluan harian mereka. Berikut dikongsikan barangan apa yang boleh dibeli menggunakan bajet RM100 :
- Telur sepapan (30 biji) : RM10 – RM12
- Gula pack 1kg : RM2.90
- Beras 5kg : RM25 – RM30
- Mee segera 5 pek : RM5
- Minyak masak 2kg : RM12 -RM14
- Roti 1 bungkus : RM4
- Minuman kopi / teh 3 in 1 : RM8
- Makanan dalam tin seperti sardin : RM5 – RM7
- Sabun mandi & ubat gigi : RM8 – RM10.
Nota : Ini adalah contoh bajet barangan keperluan asas yang boleh dibeli menggunakan amaun bantuan mykasih RM100. Pada bulan Ogos ini semua penerima mykasih akan dapat bayaran dari RM100 – RM300 dan anda boleh mengira sendiri bajet yang boleh dibeli mengikut amaun bantuan.
Kesimpulannya, Bantuan MyKasih boleh memberi manfaat yang signifikan kepada mereka yang memerlukan. Dengan menggunakan bantuan ini dengan bijak, ia bukan sahaja dapat membantu memenuhi keperluan asas tetapi juga memperbaiki kualiti hidup bagi mereka yang terkesan akibat kesukaran ekonomi.
SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN MYKASIH OGOS INI
Rakyat Malaysia boleh membuat semakan status bayaran Mykasih secara langsung melalui laman portal rasmi – https://www.mykasih.com.my/
Sila isi maklumat yang diperlukan dan status bayaran mykasih anda akan dipaparkan pada skrin. Untuk lebih memudahkan, anda boleh muat turun aplikasi ‘Mykasih’ di app store telefon masing-masing.
LEBIH INFO
Sepanjang tahun ini kerajaan perpaduan telah sediakan bermacam program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan untuk rakyat B40. Sila lihat senarai bantuan-bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Bajet Bantuan MyKasih RM100 : Apa Yang Anda Boleh Dapat? appeared first on Carianterbaru.