aplikasiMYJALAN 2.0

Aplikasi MYJALAN 2.0 Tampil Lebih Pintar & Mesra Pengguna

Aplikasi MYJALAN 2.0 kini telah dilancarkan bermula 14 November 2025 yang tampil lebih pintar dan mesra pengguna jalanraya. Untuk makluman umum, Kementerian Kerja raya telah sediakan sebuah aplikasi bagi kemudahan orang ramai.

PERLAKSANAAN APLIKASI MYJALAN 2.0

Aplikasi MYJALAN 2.0

Kepada orang ramai, kini anda boleh memuat naik aplikasi versi terbaharu MYJALAN di App store dan play store di dalam telefon. Aplikasi ini menampilkan halaman lebih kemas dan ciri pintar yang selakigus menjadikan lebih mesra pengguna dan selamat.

Bagi pengetahuan umum, antara pembaharuan utama yang diperkenalkan adalah kemudahan mendaftar aduan melalui fungi audio AI. Keupayaan menyimpan draf aduan serta serta pilihan untuk log masuk pengguna menggunakan emel atau mydigital ID.

Versi terbaharu MYJALAN ini juga dilengkapi sistem GPS yang lebih tepat dengan tambahan menyediakan akses maklumat CCTV di lebuh raya. Bukan itu sahaja, terdapat juga CCTV di kawasan seperti teduhan motorsikal, lokasi berisiko dan bencana.

Apa yang lebih menarik adalah pengguna boleh membuat panggilan kecemasan (SOS) pada bila-bila masa jika berlaku perkara tidak diingini. Kemudahan ini adalah bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan ketika berada di kawasan jalan raya terutama waktu malam.

Dengan adanya perlaksanaan Aplikasi seperti ini dapat memudahkan urusan pengguna bagi menyalurkan aduan berkaitan jalan raya dan meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat kepada pihak berkuasa dengan lepas cepat dan mudah.

PERINCIAN APLIKASI MYJALAN

MYJALAN 2.0

Untuk mudah faham, berikut dikongsikan perincian berkenaan butiran maklumat perlaksanaan aplikasi MyJALAN 2.0 :

  • Perlaksanaan bermula 14 November 2025
  • Daftar aduan lebih mudah secara audio (AI-SPEECH-TO-TEXT)
  • Pilihan log masuk melalui emel atau my digital ID
  • Ketepatan lokasi GPS seluruh negara dipertingkat
  • Ciri keselamatan single sign in (my digital ID)
  • Semak info talian kecemasan SOS
  • Pautan CCTV di semua lebuh raya
  • Info lokasi blackdpot, tempat teduh motorsikal dan info bencana.

Kepada orang ramai terutama pengguna jalan raya, anda disarankan muat turun aplikasi ini yang disediakan secara percuma. Untuk menggunakan aplikasi ini anda boleh muat turun di appstore dan playstore telefon pintar anda atau Klik Disini .

PENUTUP & LEBIH INFO

Sepanjang tahun terdapat banyak kemudahan dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Sila lihat senarai inisiatif yang ada dan bersesuaian untuk anda dapatkan Semak Disini untuk lebih info.

The post Aplikasi MYJALAN 2.0 Tampil Lebih Pintar & Mesra Pengguna appeared first on CARIANTERBARU.

Show More
Back to top button