BANTUANMyKadSARA

Ambil Tahu Dalam Mykad Ada Duit Bantuan SARA

Ambil tahu dalam mykad ada duit bantuan SARA yang dikreditkan secara automatik kepada 22 juta penduduk Malaysia Ogos ini. Untuk makluman umum, 2 per 3 jumlah rakyat Malaysia layak menerima insentif percuma RM100.

AMBIL TAHU DALAM MYKAD ADA DUIT

SARA ONE-OFF RM100

Kerajaan MADANI telah mengumumkan perlaksanaan pemberian tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one-off pada bulan ini. Bermakna bulan Ogos ini kategori bujang, warga emas dan isi rumah akan menerima bayaran SARA lebih berbanding bulan sebelum.

Perlaksanaan Sumbangan Asas Rahmah adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat khusus golongan B40 dan miskin. Bantuan diberikan dalam bentuk ewallet dan boleh digunakan untuk memberi barangan keperluan asas.

Pengagihan SARA biasa dikreditkan setiap bulan dan SARA one-off RM100 pada 31 Ogos 2025. Mereka yang menerima SARA One-off boleh digunakan sehingga 31 Disember tahun ini.

Untuk yang terlepas pandang, berikut adalah maklumat ringkas dan jelas kategori penerima SARA tahun ini :

  • SARA One-off : Untuk semua individu berumur 18 tahun keatas tanpa kelayakan pendapatan
  • SARA STR : Penerima Sumbangan Tunai Rahmah dari kategori bujang, isi rumah dan warga emas.

AMBIL TAHU KADAR BAYARAN DALAM MYKAD MENGIKUT KATEGORI

Berikut adalah kadar jumlah bayaran Sumbangan Asas Rahmah yang dikreditkan ke dalam mykad pada bulan Ogos ini mengikut kategori :

  • Kategori isi rumah : RM100 (B40) dan RM200 (MISKIN)
  • Kategori warga emas : RM50 (B40) dan RM150 (MISKIN)
  • Kategori bujang : Tiada bayaran (B40) dan RM50 (MISKIN)
  • SARA untuk Semua umur diatas 18 tahun : RM100 one-off.

SEMAK KELAYAKAN SARA ONE-OFF DIBUKA!

Untuk makluman umum, bermula 21 Ogos ini semua individu boleh membuat semakan kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah RM100 one-off. Bagi semakan, anda boleh layari laman portal rasmi SARA ONE-OFF – https://sara.gov.my/

Kepada mereka yang layak, amaun bantuan RM100 tersebut boleh digunakan bermula 31 Ogos 2025 sehingga Disember 2025. Jika tidak digunakan dalam tempoh tersebut baki akan luput serta merta dan tidak boleh dibelanjakan lagi.

KESIMPULAN

Sepanjang tahun ini kerajaan perpaduan telah sediakan pelbagai program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk anda dapat, rujuk pada halaman utama!

The post Ambil Tahu Dalam Mykad Ada Duit Bantuan SARA appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button