amaran cuacaAmaran hujanAmaran Ributhujan lebatRibut

Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda 5 Buah negeri Hari Ini

Amaran Ribut Petir dijangka bakal melanda di 5 buah negeri pada hari ini iaitu Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak. Pada musim monsun timur laut ini diharapkan orang ramai lebih peka dan berwaspada melakukan aktiviti di luar rumah.

AMARAN RIBUT PETIR DI 5 BUAH NEGERI

Amaran Ribut

Jabatan Meteorologi Malaysia atau lebih dikenali METMalaysia telah mengeluarkan notis amaran hujan lebat berterusan dan ribut petir pada hari ini. Notis amaran ini membabitkan 5 buah negeri serta kuala lumpur.

Negeri Sembilan, notis amaran dikeluarkan bagi kawasan jelebu dan Sarawak membabitkan kawasan Sibu, mukah, bintulu dan miri. Di Perak amaran hujan lebat merangkumi kawasan larut, kerian, matang, kuala kangsar, manjung, kinta dan kampar.

Negeri Selangor pula, kawasan terbabit adalah hulu selangor, gombak dan hulu langat manakala di Pahang dijangka ribut petir di Bentong. Menurut jabatan kaji cuaca Malaysia, amaran ini dikeluarkan adalah berdasarkan tanda-tanda menunjukkan hujan berintensiti melebihi 20 milimeter dalam tempoh melebihi 1 jam.

Walaupun ini merupakan notis amaran, diharapkan penduduk yang berada di kawasan tersebut sentiasa berwaspada pada waktu ini. Dijangka musim ini akan berterusan sehingga awal tahun hadapan atau penghujung tahun ini.

Untuk berita semasa, di kawasan sekitar KLCC telahpun banjir berlaku dimana air telah naik di paras buku lali disebabkan hujan berterusan. Manakala di Gombak, terdapat runtuhan berlaku yang telah menghempap kenderaan jenis Suzuki Swift dan tiada kematian berlaku.

Bagi mereka yang menggunakan laluan MMR2 dinasihatkan elak melalui laluan tersebut dan dijangka jem sehingga petang ini. Segala maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, anda boleh membuat semakan keadaan ramalan cuaca di dalam negara pada bila-bila masa sahaja. Untuk cek sila layari pautan rasmi MetMalaysia di https://www.met.gov.my/

PENUTUP & LEBIH INFO

Sepanjang tahun banyak kemudahan dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk anda dapatkan Semak Disini untuk lebih info rujukan.

The post Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda 5 Buah negeri Hari Ini appeared first on CARIANTERBARU.

Show More
Back to top button