amaran cuacaAmaran hujanCuaca dan Alam Sekitarhujan berterusanweather warning

Amaran Hujan Lebat Berterusan Di 8 Negeri Sehingga Esok

Amaran Hujan Lebat Berterusan – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan notis mengenai hujan berterusan. Hal ini dijangka melanda 8 negeri di Semenanjung Malaysia sehingga esok. Keadaan cuaca ini memerlukan perhatian khusus kerana ia berpotensi mengakibatkan banjir di kawasan-kawasan tertentu.

AMARAN HUJAN LEBAT BERTERUSAN

Antara negeri yang terlibat dalam amaran ini termasuklah Perak, Kelantan, Kedah, Terengganu, Pahang, Perlis, Johor, dan Pulau Pinang. Berdasarkan maklumat terkini, banyak kawasan, terutamanya di Kelantan, telah mengalami banjir setelah beberapa hari hujan lebat berterusan.

Hujan lebat berskala berterusan pada tahap bahaya dijangka berlaku di negeri Kelantan. Terutama kawasan tumpat, kota bharu, pasir mas, jeli, bachok, tanah merah, machang dan pasir puteh.

Masyarakat dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai keadaan cuaca di dalam negara. Bagi maklumat terkini, negeri yang tidak dinyatakan iaitu Melaka, kawasan Sungai Siput telah dinaiki air ke paras lutut selepas hujan berterusan.

MetMalaysia mengingatkan penduduk di negeri yang terlibat agar sentiasa berwaspada dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Dalam situasi seperti ini, adalah penting untuk mengikuti arahan pihak berkuasa dan mengelak dari berada di kawasan berisiko tinggi.

Dengan adanya amaran ini, kami berharap semua dapat mengambil langkah-langkah keselamatan bagi melindungi diri dan keluarga. Untuk melihat lebih terperinci keadaan ramalan cuaca di seluruh Malaysia, anda boleh layari laman rasmi METMalaysia – https://www.met.gov.my/ atau muat turun aplikasi MyCuaca di appstore telefon anda.

The post Amaran Hujan Lebat Berterusan Di 8 Negeri Sehingga Esok appeared first on Carianterbaru.

Back to top button