Agihan bantuan bulanan JKM bagi tahun 2025 berjumlah RM150 hingga RM1000 telah mula dikreditkan kepada pemohon yang layak. Bantuan ini disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyokong golongan yang memerlukan, terutamanya yang terjejas akibat pelbagai isu sosial dan ekonomi.
AGIHAN BANTUAN BULANAN JKM 2025
Kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan pelbagai program bantuan kewangan yang boleh dimohon oleh orang awam. Untuk mendapatkan bantuan ini, pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
Setiap program bantuan JKM mempunyai kriteria tertentu, termasuk pendapatan, status keluarga, dan situasi kewangan. Bagi mereka yang berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan sepanjang tahun ini, memberikan peluang kepada pelbagai individu untuk mendapatkan sokongan yang mereka perlukan.
Untuk makluman umum, JKM menyediakan banyak program kemudahan dan inisiatif bantuan kewangan. Dengan pelbagai jenis sokongan yang ditawarkan, JKM bertekad untuk memastikan tiada individu yang tertinggal dalam usaha membantu masyarakat.
Penduduk yang memerlukan bantuan dinasihatkan agar mengambil langkah untuk mengetahui program yang relevan dan membuat permohonan dengan segera. Setiap permohonan akan melalui program semakan penilaian sebagai bukti pemohon benar-benar layak menerima bantuan.
SENARAI BANTUAN BULANAN JKM YANG BOLEH DIMOHON?
Bagi pengetahuan umum, JKM telah menyediakan 2 jenis kategori inisiatif iaitu bantuan bulanan dan bantuan one-off. Berikut dikongsikan jenis bantuan bulanan yang boleh dimohon dan kadar bayaran bantuan tersebut ;
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK) : Bermula RM150 seorang hingga maksimum RM1,000 sekeluarga sebulan
- Bantuan Warga Emas (BWE) : RM600 sebulan
- Bantuan Anak Peliharaan (BAP) : RM250 – RM450 sebulan
- Bantuan Am Persekutuan (BA) : RM100 – RM350 sebulan
- Bantuan Latihan Perantis (BLP) : RM200 sebulan
- Bantuan Elaun OKU : RM450 sebulan.
Setiap program bantuan diatas menetapkan syarat kelayakan tertentu namun dibawah disediakan kriteria asas permohonan bantuan JKM ;
- Warganegara Malaysia sahaja
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK)
- Berstatus golongan memerlukan.
CARA KEMUKAKAN PERMOHONAN BANTUAN JKM
Kepada mereka yang berminat, permohonan boleh dibuat secara terus di pejabat kebajikan berdekatan tempat masing-masing. Untuk panduan lengkap dan borang permohonan, anda boleh dapatkan di laman web rasmi – eBantuan JKM 2025
MAKLUMAT LANJUT
Kerajaan MADANI telah sediakan kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Agihan Bantuan Bulanan JKM 2025 : RM150 – RM1,000 Sebulan appeared first on Carianterbaru.