info

21 Juta Data Pengguna VPN Dibocorkan di Telegram

Sejumlah besar data bersaiz lebih kurang 10GB yang mengandungi maklumat 21 juta pelanggan VPN telah disebarkan melalui kumpulan Telegram.

Telegram yang mempunyai algoritma enkripsi dan menawarkan kerahsiaan pengguna kini menjadi pilihan untuk perkongsian maklumat dan data tanpa dijejaki.

Antara pengguna VPN yang terlibat adalah ChatVPN, SuperVPN, dan GeckoVPN. Maklumat yang terkandung dalam data yang dibocorkan adalah:

1. Nama penuh

2. Nama pengguna

3. Nama negara

4. Maklumat bil

5. Alamat emel

6. Kata laluan rawak

7. Status langganan

Pakar keselamatan berpendapat pengguna yang terjejas berisiko tinggi untuk menjadi mangsa panggilan scam dan peras ugut atas talian. Pakar juga menasihati pengguna VPN untuk segera menukar kata laluan bagi mengelakkan risiko serangan.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Articles

Back to top button